Search This Blog

Friday, 27 May 2016

Sedeqah Penenang Jiwa

Assalamualaikum wbt,

Allahurabbi, wawa tak pernah rasa setenang hari ini. Suku dari gaji, wawa serahkan pada mak dan ayah. Bukan tak pernah bagi tapi tak sebanyak hari ini.

Bukan banyak pun, kalau nak di bandingkan sebelum kahwin wawa bagi half gaji wawa pada mak ayah. Sejak berkahwin, tanggungan jadi sedikit besar sebab kami beli tanah secara cash. Jadi elaun kat mak ayah tercut separuh, buatkan hati ni rasa gundah.

Husband wawa jenis suka beli tanah, tapi tak suka buat loan bank. Alhamdulillah, 2 tahun usia perkahwinan, Allah izinkan kami membeli 3 lot tanah kosong. 1 lot cash dan 2 lot lagi bayaran half bersama perjanjian selepas selesai pertukaran nama. Dalam perancangan untuk membina rumah sendiri dan rumah sewa. Kesemuanya kami beli tanpa buat loan bank. Bagi hubby wawa, tak nak tanggung hutang dalam masa yang lama.


Apa kami buat? Di awal usia perkahwinan, hubby wawa dah memang crazy bak tanah. Ada sebuah rumah bersama tanah yang nak di jual di Paka dengan harga rm70k. Selepas perbincangan, kami setuju untuk beli dengan deposit rm15k. Waktu itu kami langsung tak ada saving sebab baru lepas kahwin kan. Duit hantaran baru sahaja tempah buat rantai 24karat, wawa panggil emas 10 atau 999. 

Hubby wawa pinjam gelang 999 mak dia campur dengan gelang rantai yang wawa  ada pajak di Arrahnu dan  cukup rm15k..
Kami bayar sehingga rm17k pada tuan rumah, selebihnya perjanjian selepas pertukaran nama. Dalam masa yang sama kami tebus balik rantai dan gelang di Arrahnu di mana hanya 3 bulan sahaja kami simpan barang kemas di sana. 

Mudahkan, tak perlu nak tunggu 10 tahun untuk buat bayaran balik jika buat personal loan dengan bank. Namun, berlaku sedikit masalah tentang tanah tersebut dan kami jual balik kepada tuan tanah. Yang kami dapat hanya rm12k sahaja, selebihnya janji hanya tinggal janji. Lebih 2 tahun berlalu, banyangnya pun tiada. Bila selisih bahu, lari dari kita. Takpe, semoga beliau di beri hidayah.

Modal rm12k tersebut, kami beli rantai 999 seutas. Sebab tak nak simpan duit, takut terguna. Selepas setahun berlalu, kami jumpa tanah keluasan 2 lot dwngan harga rm70k, apa lagi kami apply cara sama macam nak beli tanah pertama. Kali ni kami guna 2 utas rantai untuk di pajak, alhamdulillah berjaya kumpul sebanyak rm30k untuk deposit. Juga dalam masa 3 bulan kami tebus balik 2 utas rantai.

Selepas beberapa bulan tanah 2 lot ini, sebelah rumah sewa wawa pula nak jual tanah. Hubby apa lagi, dengan kegilaannya itu wawa terpaksa korbankan 1 utas rantai di jual kepada mak wawa dengan harga rm15k mengikut harga semasa. Tanah ini berharga rm20k sahaja sebab kawasan wawa tinggal ini masih pedalaman. Tapi cuma 5 minit ke bandar Paka, hanya yang bertuah sahaja mampu beli dengan harga tersebut. Sebab orang kata dah nak jadi rezeki kami. Alhamdulillah selesai.

Ehh, wawa nak bagitau selepas kahwin duit bulanan pada mak ayah wawa di kurangkan sedikit sebab inilah. Tapi hati tetap rasa tak sedap, wawa bagi lebih kurang dengan yang sekarang cuma tak sekaligus. Ye la, awal bulan sikit, tengah bulan sikit dan akhir bulan sikit.

Alhamdulillah, doakan wawa sentiasa di murahkan rezeki supaya dapat membantu mak ayah setiap masa. Amin

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Tindakan bijak merancang kewangan itulah membolehkah seseorang menambah aset yg ada. Ilmu kena ada baru hidup pun senang. Bukan senang nak senang kan Wawa. Orang ingat kita ada rumah banyak selagi gus dapat. Semua kena bijak merancang dan ingat padaNya yg satu itu amat penting. Syukur Alhamdulillah...

yuk said...

wah bgusnya wawa..nnti nak kmpul emas jgak lar..sbb duit klau ada..mesti habi..huhu

Angah said...

alhamdulillah tahniah...muda-muda dah banyak harta...

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgsnya cara kak..

untung ada emas.. pelbagai guna. sng cash =)

Afif Rayyan said...

Bagus beli tanah nie sebab makin lama makin mahal harganya.. saya pn otw bli sebidang tanah di kg

Husna Rahman said...

alhamdulillah..=) nice sharing..

Scdha Sein (SS) said...

Murahnya lot tanah... Kalu kat tmpt SS ni... Jgn harap laa dpt harga gitu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...