Search This Blog

Wednesday, 13 July 2016

Info Kesihatan Apa Itu Dialisis?

Assalamaualaikum wbt,

Dewasa ini, statistik pesakit buah pinggang semakin meningkat. Ia adalah disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya pemakanan, masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi. Wawa nak berkongsi kesan selepas kena penyakit rosak buah pinggang ini yang mana menyebabkan para pesakit terpaksa menjalani cuci darah setiap 2 minggu sekali dan ada juga 1 minggu sekali kerana buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia di panggil Dialisis.

Apa itu dialisis?
Makanan yang kita ambil adalah untuk bekalan tenaga dan membaik pulih tisu-tisu badan sementara bahan kumuh dan buangan akan dialirkan keluar melalui darah. Darah bersama sisa buangan tisu badan akan ditapis oleh unit-unit kecil di dalam buah pinggang yang dikenali sebagai nefron. Melalui proses penyaringan ini, bahan buangan serta air berlebihan akan disalurkan keluar dari badan melalui air kencing. Namun, apabila unit-unit nefron ini rosak, maka daya tapisan bahan buangan akan berkurangan.
Rawatan dialisis akan membantu tugas-tugas buah pinggang yang rosak serta membantu pengeluaran lebihan air serta bahan-bahan kumuh dari darah dan membantu mengimbangi elektrolit dalam badan. Rawatan dialisis merupakan salah satu rawatan pilihan di samping rawatan pembedahan pemindahan buah pinggang bagi pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik.

Jenis-jenis dialisis
Terdapat dua jenis rawatan dialisis yang sering dilakukan iaitu hemodialisis dan dialisis peritoneal.
Dalam rawatan hemodialisis, pesakit perlu menjalani satu prosedur di mana dua jarum akan dicucuk pada lengan pesakit untuk mengalirkan darah pesakit kepada satu alat penapis iaitu 'dializer' yang berfungsi sebagai buah pinggang tiruan bagi menapis keluar bahan kumuhan serta air berlebihan dan darah yang bersih disalurkan kembali ke dalam badan pesakit. Rawatan ini biasanya dilakukan tiga kali seminggu.
Bagi rawatan dialisis peritoneal pula, ianya dilakukan dengan memasukkan satu tiub kateter ke dalam abdomen pesakit. Sejenis cecair dimasukkan melalui tiub kateter ke dalam abdomen dan selepas beberapa jam cecair ini akan bertindak menarik keluar bahan-bahan kumuh dari darah dan akan disalurkan keluar untuk dibuang. Cecair yang baru akan dimasukkan semula bagi pusingan rawatan seterusnya. Rawatan dialisis peritoneal ini boleh dilakukan dengan selesa di rumah pesakit sendiri, sebanyak empat hingga enam pusingan rawatan sehari.
Kesan-kesan kerosakan buah pinggang
"Buah pinggang yang rosak tidak lagi berkesan dalam menjalankan fungsinya seperti mengawal tekanan darah. Dengan ini pesakit yang menghidapi kegagalan buah pinggang kronik perlu mengawasi pemakanan dan minuman mereka. Mereka juga terdedah kepada risiko dan kesan sampingan terhadap rawatan dialisis," jelas Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan NKF, Profesor Datuk Dr. Zaki Morad Mohamad Zaher.
Kesan sampingan proses dialisis termasuk gangguan tidur, kulit kering, kekejangan otot, loya, muntah-muntah, pening kepala, jangkitan kuman, pendarahan dari tempat cucukan jarum, serta penurunan mendadak tekanan darah (hypotensi). Biasanya selepas lima tahun menjalani rawatan dialisis, pesakit mungkin akan mengalami DRA atau Dialysis Related Amyloidosis di mana berlakunya pemendapan protein-protein dari darah pada tendon dan sendi-sendi pesakit yang mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan pada sendi mereka.
Pesakit juga boleh mendapat jangkitan Hepatitis B lantaran darah pesakit terdedah semasa menjalani rawatan dialisis. Keadaan anemia (kurang darah merah) juga boleh berlaku akibat hormon erythropoietin berkurangan di sum-sum tulang. Dalam usaha membantu pesakit dari dua masalah ini, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia juga ada menyediakan suntikan vaksin Hepatitis B pada harga kos sahaja.



Kesan sampingan lain ketika menjalani Dialisis adalah :


1.       Tekanan darah rendah (hypotension). Satu penurunan dalam tekanan darah adalah kesan sampingan yang paling biasa dalam rawatan hemodialisis, terutamanya jika anda mempunyai diabetes. Tekanan darah rendah boleh diiringi oleh sesak nafas, kejang perut, kekejangan otot, loya atau muntah-muntah.

2.       Kekejangan otot.Walaupun doktor tidak pasti apa yang menyebabkan berlakunya kekejangan otot semasa hemodialisis, ianya adalah biasa. Kadang-kadang masalah kekejangan otot boleh berkurangan dengan menukar kekerapan dan intensiti hemodialisis.

3.       Gatal-gatal. Ramai dari mereka yang menjalani hemodialisis akan menghadapi masalah kulit gatalyang selalunya lebih teruk semasa atau selepas prosedur.

4.       Masalah tidur. Pesakit hemodialisis sering mempunyai masalah untuk tidur, kadang-kadang kerana berhenti bernafas semasa tidur (gejala sleep apnea) atau kerana kaki sakit, tidak selesa atau gelisah.

5.       Anemia. Anemia ialah keadaan di mana pesakit tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup. Ia adalah satu komplikasi biasa dalam masalah kegagalan buah pinggang dan rawatan hemodialisis. Kegagalan buah pinggang mengurangkan pengeluaran hormon yang dikenali sebagai erythropoietin, yang merangsang pembentukan sel-sel darah merah.

Sekatan ke atas diet, penyerapan zat besi yang kurang, atau penyingkiran zat besi dan vitamin dalam rawatan hemodialisis juga boleh menyumbang kepada anemia. Kehilangan darah dari rawatan hemodialisis atau aktiviti rutin pensampelan darah boleh memberikan kesan yang sama.

6.       Penyakit tulang. Jika buah pinggang anda telah rosak, biasanya ia tidak lagi dapat menggunakan vitamin D untuk menyerap kalsium, di mana akan menjadikan tulang anda lemah. Di samping itu, kelebihan hormon paratiroid, satu komplikasi biasa akibat dari kegagalan buah pinggang boleh menghakis kalsium daripada tulang anda.

7.       Tekanan darah tinggi (hipertensi)Tekanan darah tinggi adalah punca utama kegagalan buah pinggang. Jika anda mengambil terlalu banyak garam atau minum cecair terlalu banyak ketika sedang dirawat untuk masalah kegagalan buah pinggang, tekanan darah tinggi akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk pada baki fungsi buah pinggang anda. Jika tidak dirawat, tekanan darah tinggi boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

8.       Beban bendalir berlebihan. Jika anda minum lebih banyak cecair daripada yang disyorkan, anda akan menjadikan cecair berlebihan yang boleh menyebabkan komplikasi yang mengancam nyawa, seperti kegagalan jantung atau pengumpulan cecair dan bengkak dalam paru-paru anda (edema pulmonari).

9.       Keradangan pada selaput yang mengelilingi jantung (pericarditis).Hemodialisis yang tidak mencukupi boleh membawa kepada keradangan selaput yang mengelilingi jantung, yang boleh mengganggu keupayaan jantung anda untuk mengepam darah ke seluruh badan anda.

10.   Tahap potassium tinggi (hyperkalemia). Buah pinggang biasanya membuang potassium berlebihan dari badan. Jika buah pinggang anda gagal dan anda makan lebih potassium daripada yang disyorkan, tahap potassium anda boleh menjadi lebih tinggi daripada biasa. Dalam kes-kes yang melampau, terlalu banyak potassium boleh menyebabkan jantung anda berhenti.

11.   Jangkitan. Jangkitan berbahaya boleh berlaku pada tapak di mana darah keluar dari badan anda akan ditapis dan kemudian dimasukkan semula.

12.   Kemurungan. Ramai dikalangan mereka yang menjalani hemodialisis akan mengalami kemurungan dan kebimbangan.


Tahukah anda, Vivix shaklee mampu membantu para pesakit buah pinggang. Bagaimana Vivix berfungsi membantu pesakit buah pinggang?

Vivix diformulasi sebagai tonik anti penuaan yang membantu memperbaharui sel dan memulihkan sel kita secara keseluruhannya supaya kembali seperti dna sel kita yang asal sewaktu kita sihat dan muda.

Proses ini menyebabkan tubuh akan menolak unsur asing yang tidak baik dan memulihkan semula sel seperti asalnya sebagaimana ketika kita sihat.

Dengan cara berfungsi yang sama inilah Vivix membantu melambatkan penuaan, menolak nikotin dari perokok, memulihkan sel dan luka pesakit diabetes, membantu memulihkan sendi pesakit stroke dan membantu memulihkan kesihatan pesakit kanser.

Begitu juga dengan pesakit buah pinggang. Ia membantu memulihkan kesihatan pesakit buah pinggang secara menyeluruh dan menjadikan pesakit buah pinggang lebih sihat setelah mengamalkannya.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau sampai tahap dialisis memang sudah agak serious Wawa
Sebaiknya cegah sebelum kena..

Faarihin Talip said...

Ramai kata bila dah peringkat kena dialisis ni memang akan banyak kesan sampingannya.

Semoga dapatlah mencegah dari terkena penyakit bahaya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...