Search This Blog

Monday, 18 July 2016

Kata-Kata Mempengaruhi Hidup Seseorang

Assalamualaikum wbt,

Wawa tertarik dengan perkongsian founder Furaiha iaitu Puan Sharifah Furaiha mengenai kata-kata yang baik dan buruk mempengaruhi seseorang.

Kenapa agama anjurkan duduk dan bersama orang soleh?

Kerana orang soleh baik pada akhlak dan kata-katanya. Ianya penting kerana mengikut kajian psikologi, kata-kata akan mempengaruhi tindakan seseorang dan jika ianya buruk akan membuatkan seseorang menghancurkan dirinya atas tanda protes dan sakit hati. Self destructive habit.

Tuduh suami curang ada perempuan lain, maka lama-lama suami sakit hati dan cari perempuan lain.

Kata seseorang liar, maka sebab sakit hati dia akan betul-betul buktikan dia liar walaupun asalnya tidak.

Panggil seseorang lembut/pondan maka sebab sakit hati bertahun maka dia akan rebel dan membuktikan kata-kata anda benar.

Kata seseorang hodoh, gemuk. Dia akan kurang keyakinan selamanya walaupun jika suatu hari nanti dia kurus.

Fikirkan sedalamnya sebelum memuntahkan kata-kata apa kesannya pada hidup seseorang, dunia dan akhirat walau sekadar gurauan. Share this fact.

#FURAIHAhabit

Betul ke betul? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...