Search This Blog

Sunday, 10 July 2016

Otak Cantik Atasi Panas Baran

Assalamualaikum wbt,

Penulisan ini wawa kreditkan kepada Ustazah Fatimah Syarha. Perkongsian yang menarik dan sangat berguna untuk kita.

Ada kajian tentang salah  satu cara 'ubati sifat pemarah,' ubah pemakanan.

Banyak lagi info menarik. 

Nikmati perkongsian para peserta seminar ini:

Alhamdulillah saya antara peserta yg hadir OCOC Dr Rizal pd 1 mei aritu kat UTM KL. 

Antara pengisian Dr Rizal:

O - Otak
T - Tidur
A - Aktif
K - Kudap (pemakanan)

Bab tdo:
tdo kena cukup n bkualiti.tdo awal n bangun awal.tdo tak cukup atau blebihan sangat2 x elok utk otak.

Aktif: 
menghabiskan masa duduk browsing n scroll handfon pun sgt2 x elok.lbh baik outdoor xtvt plg kurang berjalan2.

Kudap: 
elak refined carbo spt nasi putih, gula putih, gandum putih etc... Dr Rizal mmg ada regim pemakanan strict n mmg langsung x makan nasi.hanya makan oat, whole grains

( Sharing oleh Husna Hassan)

(Sharing oleh peserta lain pula bab otak)

Saya telah berkenalan dengan seorang yang sangat hebat iaitu Dr Rizal Abu Bakar, saya menghadiri seminarnya iaitu Otak Cantik, Otak Cerdik.

Dr Rizal Abu Bakar, beliau berkongsi pengalamannya selama 10 tahun di Australia semasa bekerja di University Of Australia dan Harvard Universiti.

Malah, kajian beliau tentang otak juga diambil dan dibentang kepada NASA. Juga, beliau ialah satu-satunya anak melayu Islam yang punyai klinik di Australia, dalam bahagian Clinical Psychology dan juga pernah bertugas sebagai Sleep Scientist di Canberra Sleep Laboratory.

Dr Rizal mengutip ilmu di negara Barat, dan pulangnya beliau ke Malaysia. Kerana mahu kongsikan ilmu tentang otak ini kepada anak bangsa. Mahu anak bangsa kita hebat, dengan punyai otak yang hebat.

Saya amat terkesima bila mana Doktor Rizal turut berkongsi kenapa kita perlu dapatkan otak yang cantik dan elakkan otak daripada semakin mengecil dan berlubang-lubang.

Tahukah anda?

Kadangkala sikap kita seperti suka berleter, terlalu fikirkan masalah, cepat risau, emosi tidak stabil, mudah marah dan pelbagai lagi pemikiran negatif. Semua itu puncanya disebabkan otak kita mempunyai masalah kesan daripada amalan pemakanan yang tidak terjaga.

Antara pengalaman beliau, yang dikongsikan pada saya ialah.

Beliau berjaya menjadikan seorang yang sangat gemuk, pemarah dan suka menyendiri berubah kepada seorang yang kurus, ceria dan disukai ramai orang.

Berjaya menukar perangai kanak-kanak yang begitu nakal, tidak dengar cakap dan suka melawan kepada seorang kanak-kanak yang baik, mendengar kata, fokus dan cemerlang dalam pembelajaran.

Berjaya menukar seorang pelajar kampus yang murung, tidak fokus dalam pembelajaran hingga terpaksa menelan pil hospital setiap hari kepada seorang pelajar yang ceria, aktif dan fokus dalam belajar.

Bagaimanakah Dr Rizal melakukannya?

Jawapannya senang sahaja.

Iaitu hanya dengan membetulkan pemakanan, tidur dan aktiviti seharian supaya otak insan ini kembali cantik dan tidak berlubang.

Paling saya terkesan, sewaktu Dr Rizal berkongsi kisah, seorang lelaki yang sangat panas baran, pemarah dan telah berkahwin sebanyak 13 kali tetapi tidak kekal lama. Lelaki ini sangat tertekan dan meluahkan kepada Dr Rizal, katanya mahu hidup normal gembira seperti insan lain, punya isteri dan anak.

Tetapi dia tidak tahu kenapa dia punyai sikap yang panas baran dan kerap marah hingga dia tidak dapat merasai nikmat hidup normal seperti insan lain.

Kemudian, Dr Rizal melakukan imbasan otaknya dan dilihat ada sedikit calar di bahagian hadapan kanan otaknya.

Rupanya, calar yang sedikit di otaknya itulah, yang membuatkan dia menjadi seorang panas baran dan pemarah.

Jadi, jika ada antara insan tersayang kita yang punyai sikap baran melampau, kemungkinan kerana otaknya ada sedikit calar atau berlubang. Menyebabkan dia bersikap negatif sedemikian.

Tahukah anda? Mengikut kajian, 1 hari ada 60 ribu pemikiran negatif datang dalam diri kita.

Jadi, jika kita tidak pandai menjaga otak kita supaya kuat dan cantik, otak kita akan cepat terpengaruh dan susah mengawal segala pemikiran negatif ini.


Apakah penyelesaiannya?

Saya belajar banyak tips untuk cantikkan kembali otak kita supaya segala "calar" dan "lubang" di otak dapat disembuhkan, dan kita akan sentiasa sihat dan gembira untuk menjalani kehidupan.

Saya kongsikan 1 tips dahulu, tukar 1 perkara iaitu pemakanan. Seperti nasihat Dr Rizal, elakkan segala makanan yang mengandungi gula termasuklah gula tersembunyi dan makanan yang mengandungi tepung putih.

Sepert kek, biskut, kuih-muih, roti canai, air pewarna, air bikarbonat serta sebarang bentuk gula-gula.

Untuk pemakanan yang baik pula, amalkan tepung multigrain dan roti multigrain, rolled oat, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Banyakkan mengambil buah-buahan kering dan kekacang jika lapar di waktu petang seperti kurma, kismis, kacang gajus, kacang badam, buah tin.

Manakala, dari segi minuman. Banyakkan meminum air kosong.

Ada juga
ibu yang bertanya,

" Jika anak saya sudah berumur 2 tahun ke atas, apakah susu yang terbaik untuk saya gantikan kepada anak saya? "

Kerana susu formula mengandungi gula. Maka, saranan Dr Rizal ialah meminum susu kambing. Susu kambing adalah mirip susu ibu.

#OtakCantikOtakCerdas

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...