Sunday, 24 July 2016

Shell Out The Best Kuala Terengganu Di Esta'dio Coffee & Bistro

Assalamualaikum wbt,

Semalam, lepas habis kerja wawa ajak husband ke Kuala Terengganu. Melalui jalan Paka-Dungun- Kuala Terengganu ambil masa lebih kurang 1 jam setengah ke 2 jam. Kalau nak cepat sampai boleh lalu ikut highway LPT. Memandangkan dah kena tol rm12++ ,lebih baik kami buat isi minyak. Hihi

Sampai jam 8 lebih dah sana, singgah kejap di Mydin Mall. Itulah sahaja yang ada di Kuala Terengganu, suami dah mengomel. Sejak-sejak tinggal kat Manjung ni, habis dia duk bandingkan sini dengan sana. Haha. Wawa cuma cakap, mungkin kerajaan belum cukup dana nak bina AEON, the stor, mall besar-besar dan banyak lagi la tempat shopping yang ada. Wawa ok je tak ada semua tu, sebab bukan kali shopping pun, bukan juga kali jalan. Hihi

Lepas pusing dalam mydin kejap, kami keluar beli ais cream 1 kon, makan sama-sama. Acah-acah sweet gitu.  Hehe

Terus kami ke lokasi Esta'dio Coffee & Bistro yang terletak di belakang stadium Kuala Terengganu yang lama. Boleh masuk ikut jalan stadium. Masuk jalan pejabat, antara wisma dan stadium. Laluan masuk pagar stadium sampai hujung. Korang terus jumpa Cafe Esta'dio.

Sampai sana owner bistro dah siap-siap tunggu wawa, terus order shell out dan air epal husband wawa tak ingat minum air apa. Haha

Tujuannya nak jumpa kawan yang memang dah lama tak jumpa sejak dia berhenti kerja dulu dan dia juga owner bistro ni. Wawa memang tak lepaskan peluang, terus sembang dari A sampai Z. Macam-macam soalan wawa tanya berkenaan dengan bisnes, ye la macam berminat je kan. Hihi

Asala nama Esta'dio sebenarnya berasal dari perkataan spain yang bermaksud stadium, pilihan nama berkait sebab dah dekat dengan stadium kan. So, owner dia cari nama yang commercial sikit laa.  

Esta'dio baru 6 bulan beroperasi, pendapatan kasarnya sudah cecah 6 angka. Pencapaian yang amat membanggakan bagi wawa. Sememangnya tak sangka kawan wawa yang sama-sama satu kerja dulu dah ada perniagaan sendiri. Management yang terbaik. Bidang yang sememangnya sangat menguntungkan. Ehh, panjangnya cerita wawa pagi ni. Hehe

Seronok wawa dengar pengalaman beliau yang banyak sebelum berjaya buka Esta'dio ini.

Yang ni tak pasti berapa orangπŸ˜„


Terjah gambar kami laa pula.😊
Package untuk 2 orang (portion yang banyak)

Kami makan di luar, di sapa angin malam 😊

Khusyuk makan. Sedap

Nak datang sini? Kalau tak jumpa, boleh contact no ni ( +60 13‑405 3200 )

Sebelum balik paka, sempat singgah di kampung Cina.


Jemputlah datang, bawak family. Harga yang di tawarkan sangat berpatutan, seafood yang fresh.

Menu utama di Esta'dio Coffee & Bistro

3 comments:

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

LYAfrina said...

Nmpk sedap sgt nih...

mama ila said...

wahhh..orang ganu jugak yer... ila pun pernah makan kat estadio cafe..sedap... mmg selalu full..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...