Search This Blog

Saturday, 6 August 2016

Hidup Ini Penuh Misteri Hikmah

Assalamualaikum wbt,

Menghayati cerita dan membaca cerita sebuah hikmah. Pagi ni wawa dengar story Ustaz Ahmad Dusuki. Dimana beliau kehilangan ayah ketika berusia lapan tahun. 

Waktu usia sekecil itu, beliau sedikit memberontak. Belum memahami hikmah kenapa Allah mengambil ayahnya di ketika usianya masih kecil, yang masih memerlukan kasih sayang seorang ayah.

Namun, hikmah Allah Maha Besar. Beliau telah di ambil oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk di pelihara. Sedari kecil sehingga beliau tamat pengajian di Universiti Al-Azhar. Sehinggakan di saat waktu pernikahannya juga di nikahkan oleh Tuan Guru. Selesai akad nikah, beliau di tuntun ke bilik pengantin oleh Tuan Guru.

Apakah sekiranya arwah ayahnya masih hidup, beliau dapat merasai nikmat dibesarkan oleh seorang ulama? Mungkin tidak. 

Tetapi inilah hikmah yang kita tidak ketahui, yang sememangnya Allah aturkan cukup baik. Belajar berdikari, menuntut ilmu dan sebagainya.

Allahurabbi, Maha Besar Allah yang penuh dengan Hikmah.

Syukurlah dengan apa yang Allah aturkan buat kita, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kamu.

Wallahuallam.

2 comments:

Nooriah Abdullah said...

Betul sngt perancangan Allah adalah terbaik utk kita renungkan, tiada mungkin terjadinya sesuatu itu tiada bersebab ye dak!!

Jari Manis said...

itu sbb kena redha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...