Search This Blog

Tuesday, 9 August 2016

Wajib Baca Jika Anda Pengamal Supplemen!

Assalamualaikum wbt,

Ramai yang tak tahu bahawa bila pertama kali kita makan supplemen, badan kita akan bertindak balas dan ia menghasilkan rasa yang tidak selesa pada seperti pening, muntah, demam, gatal, badan panas, jerawat dan lain-lain.

Tindak balas ini dinamakan Healing Crisis  yang bermaksud proses penyembuhan. Healing crisis setiap individu adalah berbeza. Ini kerana tahap toksin yang berada dalam badan kita adalah berbeza.
Ia dapat dirasai terutama sekali oleh mereka yang baru pertama kali ambil suplemen. Ini berlaku kerana tubuh kita ni  banyak radikal bebas dan sel rosak. Bila kita ambil vitamin, tubuh kita mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh yang sihat.

Ini adalah tindakbalas normal. Kalau ada alami demam ke, pening ke, ruam ke, jerawat ke, bisul ke… ia adalah petanda yang sangat bagus. Maknanya sistem badan dah mula bekerja untuk menjana sel-sel baru.

Proses pemulihan ni bermula dari peringkat sel badan dan kesannya kelihatan pada bahagian luar badan kita. Semasa sel kita sedang buang toksin, kita akan rasa macam nak demam, sakit kepala, dan macam2 lagi. Ada juga yang tak kena. Berapa lama pun bergantung kepada individu. Ada orang 1-2 hari je, ada yang berbulan2.

Simptom2 healing crisis:


  • Demam
  • Pening kepala
  • Kembung
  • Naik bisul
  • Naik jerawat
  • Badan lesu sangat-sangat
  • Ruam
  • Jantung berdebar-debar
  • Selesema
  • Emosi tak stabil
  • Penyakit lama datang kembali
  • Makin sakit di bahagian yang sedia sakit

Macam mana nak atasi simptom healing crisis?

1. Minum air banyak-banyak untuk melancarkan proses pembuangan toksin.
2. Dapatkan rehat yang cukup.
3. Kurangkan makan makanan berlemak.
4. Bersenam
5. Mandi

Sekiranya anda sedang mengalami healing crisis sekarang ni, bawa bersabar dan bertenang serta bersangka baik. Healing crisis adalah petanda yang sangat bagus. Bila toksin semua dah keluar, badan kita akan bertambah sihat dan keupayaan nak serap nutrien pun bertambah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...