Assalamualaikum wbt,

Kenapa penting memilih produk soya yang di cuci dengan air bersih? Ini kerana bagi mengelakkan kandungan protein dan mineral soya musnah, berubah genetik asal soya tersebut. Di mana ia boleh menyebabkan khasiat soya semulajadi tidak di dapati dengan sepenuhnya.

Berbeza dengan soya pilihan shaklee, kerana ia di proses secala semulajadi dan organik. Bermula dari proses penanaman sehinggalah penghasilan ekstrak soya Energizing Soy Protein (ESP). Shaklee tidak menggunakan bahan kimia ketika proses penanaman. Manakala sewaktu proses penghasilan ESP, ia dibasuh menggunakan air dan pemanasan pada suhu yang sangat rendah.

Justeru, penghasilan ESP oleh shaklee tidak memusnahkan mineral asal di dalam soya tersebut.




Ciri-ciri keistimewaa ESP :

  1. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee adalah non-GMO (non-Genetically Modified Organism). Secara mudahnya, Shaklee TIDAK menggunakan sebarang baja kimia atau sintetik yang menyebabkan tumbuhan membesar lebih cepat dari sepatutnya, saiz lebih besar dari sepatutnya atau menjadi cantik dari sepatutnya. Ianya dibiarkan membesar dan hidup secara semula jadi tanpa gangguan.
  2. Protein Soya ESP diproses menggunakan air dan bukan alkohol. Ini sangat penting!! Sesetengah Soy Protein diproses menggunakan alkohol, ini akan menyebabkan isoflavon yang sangat penting dan bermanfaat HILANG. Tanpa ISOFLAVON, Soya mungkin menjadi sesuatu yang merbahaya kepada tubuh manusia.
  3. Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39. Indeks Glisemik (GI) menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Bahasa mudahnya, jika GI tinggi, gula dalam makanan tersebut akan cepat membebaskan glukos dalam sistem badan. GI rendah pula memecahkan gula secara perlahan-lahan membuatkan rasa kenyang lebih lama.
  4. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin B dan 4 mineral yang terdapat dalam soya sendiri.
  5. Bahan anti-thyroid dan anti-pertumbuhan disingkirkan untuk memastikan ia selamat digunakan oleh manusia dan memberikan khasiat optimum
  6. 1 canister ESP dihasilkan dari 30kg kacang soya untuk mendapatkan ketumpatan dan khasiat yang optimum
  7. Mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan iaitu Histidine, Isoleucine, Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Threonine, Tryptophan, Valine. Protin terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh. Walau bagaimanapun, terdapat 9 jenis asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu didapatkan melalui makanan. Shaklee ESP menyediakan kesemua 9 asid amino tersebut.



Shaklee juga menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program(IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik  daripada benih sehingga kepada pengeluaran. ESP juga TIDAK mengandungi kolestetrol dan asid lemak trans.

Jadilah pengguna yang bijak. ")