Assalamualaikum wbt,

Perkongsian dari Lyna Chalo, suka wawa kongsikan bersama dengan kalian. Baru petang tadi yang bertanya dan berminat untuk join ahli shaklee. Katanya, dia selalu nampak sahabat update tentang bonus dan pangkat dalam shaklee. Boleh wawa kongsikan tentang itu? 



Sedang mengemas meja, terjumpa sekeping surat dari Shaklee yang saya terima pada tahun 2013. Sentimental habis bila baca balik surat ni. Ingat lagi saya menangis bila dapat surat ni. Menangis okay *haha

Kenapa tiba-tiba jadi hati tisu?

Sebab saya terbayang betapa kuatnya saya berusaha untuk mencapai bonus insentif yang Shaklee tawarkan masa tu. Sayakan ibu surirumahtangga. Walaupun acah-acah rasa tak mampu, tapi bila usaha - isk boleh je pun..

Ramai yang ingat bonus Shaklee ni cuma ada untung runcit dan juga bonus peribadi sahaja. Tapi sebenarnya, untuk bonus tunai, ada 6 peluang bonus tunai yang ada tau

Mari saya terangkan sikit,

Apabila anda menjadi salah seorang ahli Shaklee, anda berpeluang untuk membina perniagaan anda. Anda dan saya berpeluang untuk mendapat bonus tunai berikut:

1- Untung Runcit 

- Bonus ni kita dapat bila kita jual harga runcit. Kalau kita jual harga ahli memang tak dapatlah. Apatah lagi menganiaya diri sendiri dan juga pengedar Shaklee yang lain dengan menjual bawah harga ahli. Haram tau. Dahlah nak kasi anak-anak makan kannn :D

2- Bonus Peribadi

i) Bonus peribadi kasar - Shaklee kasi berdasarkan jualan peribadi yang kita buat setiap bulan. Lagi banyak kita jual, lagi banyak bonus peribadi yang kita dapat

ii) Bonus peribadi bersih - Sekiranya anda ada ramai anak buah yang berjaya melakukan jualan, Shaklee juga akan membayar anda bonus peribadi bersih ni

- Bonus ni special sikit, sebab Shaklee bayar di atas usaha anda membantu, coaching, mentoring anak buah sehingga mereka berjaya membuat jualan mereka. 100% tak usik bonus anak buah. Semua dari Shaklee 

3- Bonus Kepimpinan

- Bonus yang paling besar di dalam Shaklee sebenarnya ialah daripada bonus kepimpinan. Bonus kepimpinan ni berdasarkan keupayaan kita sebagai seorang leader di dalam Shaklee 

- Maksudnya, lebih ramai anak buah yang kita bantu menjadi seorang leader, lagi banyaklah bonus kepimpinan. Rise by lifting others gitu

- Sebab tu kau jangan sesekali pentingkan diri nak berjaya seorang-seorang *hehe

4- Bonus Insentif Khas

- Bonus insentif khas ni diberikan kepada pengedar Shaklee yang sudah mencapai rank tertentu. Contohnya, kalau dah jadi Coordinator dan ke atas, Shaklee akan kasi tambahan bonus. *Nyummeh

5- Bonus Kereta

- Ya, kita takkan dapat sebiji kereta BMW atau Merc. Kita tiada semua tu. Tak payah acah-acah nak bergambar tepi kereta mewah sambil buat tanda peace siap pakai blazer. Tak payahhhhhh

- Shaklee kasi duit tunai. Suka hatilah nak beli kereta apa. Nak simpan saja pun boleh, nak buat deposit rumah pun boleh. Nak masukkan semua ke dalam akaun mak ayah pun boleh. Tiada siapa pun yang marah *hehe

6- Bonus Insentif Berkala 

- Contohnya bonus yang saya dapat dalam surat ni lah. Shaklee akan selalu kasi tawaran bonus insentif ni. Setiap program insentif ni berlainan. Tak sama setiap program, dan ada jangkamasa tertentu. So, kena usaha sungguh-sungguh untuk grab. Kalau tak grab rugilah

- Contoh lain, bila nak dekat-dekat Hari Raya, Shaklee akan kasi tawaran siapa capai certain jualan akan dapat certain bonus

So, itulah dia peluang bonus tunai yang ada di dalam Shaklee ya sahabat-sahabat sekalian

Walaupun Shaklee ni adalah MLM tapi cara pembahagian bonus adalah sangat adil. Siapa malas, memang tak dapat apa. Siapa rajin berusaha dapatlah

Dan oh ya, dalam Shaklee, tiada istilah siapa masuk dulu nanti dia paling kaya. Isk, ini bukan skim ponzi atau skim cepat kaya. Ini skim "Hey, kau usaha sungguh-sungguh boleh tak?"

Yang betulnya, siapa usaha lebih banyak, dialah kaya. Dannnn, paling best, tak payah nak bergolok gadai memulakan bisnes ni. Tak payah nak buat loan sampai berpuluh-puluh ribu. Tak payahhhh. Duit banyak-banyak tu masukkan dalam Tabung Haji je

Honestly ramai pengedar Shaklee yang masih setia dengan bisnes ni sebab jatuh cinta dengan produk. Senang hati nak jual produk yang baik, halal dan selamat. Yang ini kita cerita lain kali

Sekian, semoga menjawab persoalan anda yang tertanya-tanya. Peluang ni semua ahli Shaklee pun boleh dapat. Yang penting apa? Yaaa.. yang penting berusaha! 

Salam Ma'al Hijrah. Bersama-sama kita berhijrah ke arah yang lebih baik dari sebelum ini

=====
Buat Shaklee Since 2014
=====