Search This Blog

Thursday, 13 October 2016

8 Jenis Buah Hilangkan Kulit Berminyak

Assalmualaikum wbt,

Siapa sini kulit jenis berminyak? Kulit wawa dulu pun jenis berminyak, selalu kena standby tisu berminyak yang warna biru tu, lupa dah brand apa. Alhamdulillah, sekarang kulit wawa dalam kateogri bebas minyak selepas amalkan produk kecantikan shaklee dan skincare nutriwhite.

Wawa bukan nak cerita produk shaklee, tapi nak share 8 jenis buah-buahan yang dapat bantu atasi masalah kulit berminyak. Memandangkan wawa ni kurang rajin untuk maka buah-buahan, wawa lebih prefer amalkan vitamin shaklee yang mudah dan senang. hihi

Jom kita kenali apa buah yang dapat bantu anda bebas dari kulit berminyak.

1. Lemon


Buah lemon dipercayai sebagai salah satu buah yang bermanfaat mengatasi kulit berminyak. Boleh dimakan atau menggunakannya pada wajah. Jarang sekali, lemon digunakan sebagai bahan utama dalam beberapa produk pembersih wajah. Lemon juga diyakini berkhasiat menghilangkan minyak dan kulit mati, sekaligus mencerahkan kulit.

2. Limau Nipis

Salah satu buah yang dapat membantu mengatasi masalah kulit berminyak iaitu limau nipis. Limau nipis hampir sama dengan lemon. Cara yang boleh dilakukan dengan memerasnya. Gunakan hasil perasan untuk mencuci muka, atau memanfaatkan kulit limau nipis untuk mengatasi masalah kulit berminyak. Selain itu limau nipis juga dapat digunakan untuk menghilangkan noda atau bintik-bintik pada kulit.

3. Pisang

Pisang salah satu buah yang bermanfaat untuk membantu kulit berminyak. Sebaiknya, pilih pisang yang matang. Pisang dapat menjaga kulit tetap bersih dan menjaga kelembaban semulajadi pada kulit. Amalkan makan pisang dengan tambahan madu atau oatmeal.

4. Strawberi

Strawberi memiliki komponen yang tidak hanya dapat mengendalikan masalah minyak tetapi juga meremajakan kulit dan mencegah penuaan dan pigmentasi.

5. Mentimun

Selain boleh menurunkan berat badan, mentimun juga dapat digunakan sebagai penghalang kulit berminyak. Hanya dijadikan jus maka dalam beberapa minggu kulit berminyak dapat dikawal dan membantu menghilangkan bintik-bintik gelap pada wajah. Selain itu, tampalkan hirisan mentimun pada wajah untuk menenangkan kulit dari keletihan.

6. Tembikai

Tembikai juga merupakan buah yang dapat digunakan untuk mengatasi kulit berminyak. Ini kerana tembikai mengandungi air yang banyak. Tembikai dapat meremajakan kulit, menghilangkan noda atau bintik-bintik gelap.

7. Anggur

Anggur adalah solusi untuk mengatasi permasalahan pada kulit seperti berminyak, jerawat, kulit kusam dan lain-lain. Ini kerana anggur merupakan buah yang mengandungi antioksidan. Caranya sapukan yang anggur yang sudah diblend pada wajah. Sapukan seperti masker keseluruh wajah dan biarkan hingga kering. Penggunaan yang  kerap dan konsisten diyakini dapat 'mengusir' jerawat, kulit berminyak, kering  dengan lebih efektif.

8. Betik

Masalah lain yang kerap dialami pemilik kulit berminyak adalah wajah yang kusam. Untuk mendapatkan kembali kulit yang cerah, gunakan betik sebagai masker pada wajah 2 kali seminggu. Kulit Anda akan kelihatan lebih cerah dan sihat. Selamat mencuba!

Sumber : wawa copy dari blog indon, dah lupa link dia. Cuma wawa tambah penyampaian cara Malaysia sikit.


Semoga bermanfaat.")

3 comments:

AinAthirah Anuar said...

Oh yaaa tembikai boleh kurangkan kulit minyak? uihh dah la fav tapi tak pernah tau. hehe ❤

Mahfuzah_Put said...

Kalau perasan, kebanyakannya buah2an tempatan.

Noor Maizan said...

Uihh semua buah favorite ni! hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...