Tuesday, 11 October 2016

Apakah Kita Sebagai Ibu Bapa Yang Bersalah?

Assalamualaikum wbt,



Anak LEMAH  dalam pelajaran? Anak sering jatuh SAKIT setiap bulan? Fikirkan semula apa yang telah anda hidangkan kepada anak anak.

HIDANGAN BERDOSA
TERKINI, beberapa gambar yang menjadi viral menunjukkan beberapa kanak kanak dan individu dewasa bergambar bersama sedulang lambakan hidangan makanan segera di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.

HIDANGAN tersebut mengandungi kentang goreng, bebola daging, spaghetti, ayam goreng di saluti dengan sos lemak berkeju. "Hidangan berdosa" tersebut boleh di nikmati sesisi keluarga dengan hanya RM35.

Tiada buah buahan dan sayur sayuran di dalam hidangan bagi mengimbangkan dan menebus dosa dosa tersebut.

MURAH, MUDAH dan MENYELERAKAN. Itu merupakan antara alasan ibu bapa zaman sekarang. Tanpa mempertimbangkan kesan jangka masa panjang pengambilan makanan segera kepada anak anak, budaya berkunjung ke restoran makanan segera terus segar di amalkan di kalangan masyarakat Malaysia lebih lebih lagi apabila ada lokasi 'viral' yang boleh di kunjungi.
---------------------------------------------------------------------------------------

Makanan segera dan makanan ringan boleh dikategorikan sebagai makanan kurang berkhasiat yang memudaratkan kerana ia mengandungi: 
• Lemak tepu 
• Garam pada kadar yang tinggi
• Rendah atau tiada langsung bahan serat, protein, vitamin dan mineral
• Bahan pengawet, pewarna, perasa
• Mengandungi kadar mononatrium glutamate (MSG), garam dan gula yang tinggi bagi mengekalkan kesedapan dan kesegaran.

--------------------------------------------------------------------------------------
Menggemukkan, Tidak Sihat dan MENJIJIKKAN
Mengapa ibu bapa sanggup menghidangkan makanan seperti itu kepada anak anak? 

• Makanan segera mengandungi bahan yang meyebabkan ketagihan 
dan juga gula, garam serta lemak yang tinggi lalu menyebabkan ketagihan dan mengurangkan minat dan selera untuk makan makanan yang berkhasiat.
• Oleh itu, ibu bapa jangan merungut sekiranya anak anak enggan makan makanan yang berkhasiat sekiranya ANDA sendiri yang sering menghidangkan makanan segera kepada anak anak.
• Timbunan segala macam bahan-bahan ini di dalam tubuh turut menjadi punca utama masalah kegemukan.
• Meningkatkan risiko penyakait metabolik seperti kencing manis, darah tinggi dan tinggi kolesterol.
• Meningkatkan risiko penyakit jantung
• Pemakanan tidak sihat juga menjadi punca peningkatan keganasan dan masalah tingkahlaku dikalangan kanak kanak dan remaja.
• Meningkatkan risiko penyakit mental di kalangan kanak kanak
• Makanan segera juga meningkatkan masalah jerawat 
• Menyebabkan peningkatan penyakit alahan dan asma di kalangan kanak-kanak.
• Makanan segera biasanya kurang mengandungi serat yang penting untuk system penghadaman yang menyebabkan masalah sembelit dan risiko penyakit berkaitan usus.
• Kanak kanak yang sering makan makanan segera juga di dapati lemah dalam pelajaran berbanding kanak kanak yang kurang/ tidak makan terutama dalam subjek matematik, sains dan membaca. 

-------------------------------------------------------------------------------

Saranan & Nasihat kepada Ibu bapa

• Ambil tahu dan prihatin kepada pemakanan keluarga. Ingat, “diri anda, (dan anak anak) merupakan apa yang anda makan”
• TERHADkan kunjungan ke restoran makanan segera. 
• Jangan wujudkan budaya makan makanan segera di kalangan ahli keluarga. 
• Jangan wujudkan budaya raikan majlis istimewa seperti ulang tahun kelahiran di restoran makanan segera.
• Tunjukkan CONTOH dan tauladan kepada anak anak dengan makan makanan berkhasiat. Bapa borek anak rintik. Jika ibu bapa sendiri KETAGIH makanan segera, ketagihan tersebut akan di wariskan kepada anak anak.
• JANGAN menyimpan stok makanan segera (frozen) di rumah. 
• Merancang aktiviti sihat setiap hujung minggu untuk menggalakkan kanak kanak aktif dalam aktiviti fizikal. 

---------------------------------------------------------------------------------
Fast Fact 
• 7% kanak kanak berusia bawah 5 tahun memiliki berat badan berlebihan
• 28% kanak kanak berusia 6-17 tahun memiliki berat badan berlebihan dan obesity.
• Pemakanan berlebihan merupakan faktor utama kanak kanak Malaysia gemuk
• Selain itu, 34.8% kanak kanak juga tidak aktif dalam aktiviti fizikal

FB : Public Health Malaysia

Search This Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...