Search This Blog

Monday, 21 March 2016

Top Kegembiraan Seorang Blogger

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar? Alhamdulillah, Kak Wawa doakan kalian sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Subhanallah, Allahuakbar, Lailahaillallah.Puji-pujian bagiMu Ya Allah, menghidupkan kami siang dan malam. 

Perasan tak, mukaddimah kak wawa selalu mula dengan doa kan. Sebab apa? Ia adalah kerana bila mana mula nak menulis tu, Subhanallah rasa kagum dengan keagungan Allah yang sentiasa memberi nikmat kesihatan, hidup dan seluruhnya.

Alhamdulillah, sebagai seorang blogger kak wawa merasakan sangat bertuah kerana ramai sahabat-sahabat fesbuk kak wawa yang dulu tak pernah ada blog, kini dah pun berjinak-jinak dengan blog. Kenapa Kak Wawa suka blog? Sebab hubungan antara blogger lebih real berbanding rakan-rakan di fesbuk. betul ke betul? Bagi yang baru, cubalah korang blogwalking ke rumah jiran-jiran pasti korang akan rasai hal yang sama.

Berbalik kepada tajuk di atas, apa yang paling menggembirakan seorang blogger? kalau tanya kak wawa , pastinya kepuasan menulis dan blog menjadi tempat rujukan sahabat-sahabat di luar sana. Boleh katakan sejak dua menjak ini customer kak wawa ramai dari pengguna internet, pelayar internet dan pengguna google. hihi

Selain itu, kunjungan sahabt-sahabat blogger dan comment yang ditinggalkan juga menjadi kegembiraan buat seorang blogger. Rasa diri ini lebih dihargai.

#JutawanWawa kata, nak dihargai, kita kenalah menghargai orang lain dahulu.

Nak banyak comment, kita kena rajin comment blog orang dulu. kan..")

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...