Search This Blog

Friday, 8 April 2016

Review Buku Zero Hutang

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, baru sempat bersiaran. Subhanallah, agak lama wawa tak menyinggah ke rumah kawan2. InsyaAllah, wawa akan cuba melawat rumah korang ya hari ni.")

Sebelum itu, wawa nak review sikit buku yang baru wawa beli iaitu "Zero Hutang". Belum khatam lagi, tapi wawa teruja nak berkongsi dengan korang. Wawa baru baca bab satu, manfaatnya sangat besar.

Memandangkan sekarang ini, wawa fokus untuk clearkan hutang yang masih berbaki dan misi wawa dan suami adalah BEBAS HUTANG atau ZERO HUTANG. Kata suami wawa, tak apa kita tak pergi mana-mana sekarang, asalkan masa depan kita bebas nak berjalan ke mana-mana.

Penulis muda yang bernama Mohd Zulkifli Shafie sudah zero hutang pada usia muda. 
Buku Zero Hutang ini mempunyai 4 topik utama iaitu :

1) MENGURUS SIMPANAN
2) MOTIVASI KEWANGAN 
3) PENGURUSAN HUTANG
4) STRATEGI KEKAYAAN 
5) TOPIK BONUS.")

Hanya bergantung pada buku ini tak kan membantu anda jadi zero hutang serta merta, namun jika diamalkan dan bertindak seperti apa yang di sarankan oleh penulis, insyaAllah jalan untuk Zero Hutang lebih mudah. 

Ramai orang suka menghabiskan wang di usia muda tanpa beringat tanggungjawab membebaskan hutang diri terlebih dahulu.

Jika korang inginkan ilmu bagaimana untuk Zero Hutang, bolehlah beli dengan Puan Najdah (+60 19‑927 2780).

Apa Itu Istidraj ?

Assalamualaikum wbt,

Hari ni wawa dapat ilmu baru. Jom baca.")

APA ITU ISTIDRAJ ?

Bahasa DEEP
•Pemberian NIKMAT ALLAH kepada manusia di mana pemberian itu TIDAK DIREDHAINYA.
•NIKMAT kepada pembuat DOSA
________________________________________________

APA ITU ISTIDRAJ?

Bahasa Ringkasnya
TAK SOLAT tapi:

•Kaya-raya
•Rezeki Melimpah Ruah
•Pandai (cth: Dekan dsb.)
•Kurang Masalah
•Dan Pelbagai Nikmat daripada ALLAH SWT
________________________________________________

BAHAYA ISTIDRAJ?

•Merasakan ALLAH menyayanginya walaupun sering melakukan DOSA
•Memandang hina kepada orang yang beramal

"Mat, kau ni ulang-alik pergi masjid, sembahyang sana-sini, taat sangat kat Tuhan apa kau dapat? Dari dulu sampai sekarang motor buruk tu je lah yang kau ada. Tengok aku, tak sembahyang pon rezeki mencurah-curah. Projek juta-juta, anak bini tak tutup aurat pon hidup aku rilek je."
________________________________________________

INGAT, Allah Maha Berkuasa.
Jangan sombong dengan Allah.
Bila-bila masa Allah boleh TARIK NIKMAT yang dia bagi.
Bila-bila masa Allah boleh TARIK NYAWA yang dia pinjamkan kat kita. Insaflah.

#farraNaffy
#SuaraMukmin

#JutawanWawa

Amalan Sunat Hari Jumaat

Assalamualaikum wbt,

Welcome Friday, semoga hari ini penuh barokah buat kalian. Sesungguhnya Jumaat adalah penghulu hari yang mana kita berpeluang merebut sebanyak mungkin pahala sunat.

Sedari bangun pagi sehinggalah tenggelam matahari. Apakah perkara sunat yang kalian boleh amalkan hari ini? Bukan bermaksud hari lain tak boleh buat, cuma jumaat ni dapat pahala lebih. Nak ke nak?


Semoga hari ini Allah gandakan pahala kita

Tiada Istilah Mulut Masin

Assalamualaikum wbt,

Hati terdetik rasa nak makan sup daging, alangkah sedapnya dapat makan, fikiran sudah membayangkan semangkuk sup daging panas di depan mata hinggakan air liur nak meleleh. Walhal tak ada pun, bayangan je lebih.

Tup. Tup. Petang tu, jiran datang hantar semangkuk sup daging. Allahuakbar, lita menyangka itu adalah kerana mulut kita masin. Betul ke betul?

Sebenarnya adalah, kata-kata, fikiran, perasaan, banyangan itu semua adalah doa. Jika kesemua doa ini bersatu dan yakin boleh dapat, insyaAllah boleh dapat. 

Sebab itu, kalau kita nak sesuatu mintalah dengan bersungguh-sungguh, banyangkan dengan sungguh-sungguh  apa yang kita impikan. 

Apa saja impian kita, mintalah dengan Allah bersungguh-sungguh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...