Search This Blog

Thursday, 5 May 2016

Resepi Kangkung Goreng Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum wbt,

Semalam wawa makan kangkung goreng bilis yang di goreng penuh kasih sayang oleh suami. hihi
Balik tengah hari, malas nak tapau lauk, wawa singgah kedai beli ikan segar dan sayur kangkung , timun dan lain-lain. Sampai rumah pun dah lewat, lagi setengah jam nak masuk kerja, jadi wawa dan suami berbahagi tugas. Suami goreng sayur. wawa siang ikan. Makan simple-simple pun sedap bila makan bersama suami tercinta. kan. 

Paling penting, sediakan bahan dulu.

ihsan google

Bahan-Bahan :

1 ikat kangkung di potong bersih
1 biji bawang sederhana besar di hiris nipis
1 ulas bawang putih di hiris nipis
2-3 biji cili padi di ketuk
3 sudu minyak masak
1 piring ikan bilis
1/2 gelas air masak

Perasa :

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa 
Sos tiram
Kicap
Serbuk perasa


Cara-Cara :

Panaskan minyak, tumis bawang bersama lada sehingga bawang putih menjadi kuning, masukkan sos tiram dan kicap, selepas itu masukkan kangkung dan ikan bilis, masukkan air, kacau sehingga rata dan masukkan 1/2 sudu kecil garam dan gula (ikut citarasa) serta sedikit perasa.

Dah siap, boleh hidangkan. Makan sambil ratah pun sedap..")


Doakan Orang Lain Untuk Diri Kita

Assalamualaikum wbt,

Selamat hari khamis kepada semua yang membaca blog wawa pagi ni. semua puasa ke? salah satu cara untuk mencapai apa yang kita impikan adalah dengan mendoakan kepada orang lain. Semua orang tahu bahawa, apabila kita mendoakan yang baik-baik pada orang lain, Malaikat juga mendoakan kita.

Jadi, jom kita doakan orang lain dalam setiap doa kita. Semoga Allah menerima doa kita. InsyaAllah.

Wawa doakan semua yang singgah baca dan lihat post ini dimudahkan urusan, di murahkan rezeki, di berkati hidup, di sayangi  dan di hormati, di kurniakan anak yang soleh dan solehah, di kurniakan kesihatan yang baik. dikurniakan salaes yang huru-hara dengan whatsapp customer, di kurniakan kejayaan dalam pelajaran serta pekerjaan, menjadi pekerja cemerlang, menjadi bisnewoman atau bisnesman yang kaya dan berjaya, serta mendapat apa yang di hajati oleh kalian.

Amin Ya Rabbal Alamin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...