Search This Blog

Saturday, 21 May 2016

Malam Pengampunan Dosa

Assalamualaikum wbt,

| Malam Pengampunan Dosa |

Daripada Sayyidah A'isyah menceritakan :
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian bersujud sangat lama sehingga aku menyangka baginda telah wafat. Was-was aku melihat sedemikian, maka aku gerak-gerakkan hujung jari baginda maka bergeraklah. 

Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika Rasulullah selesai dari sembahyang, baginda datang dan bertanya: "Tahukah kamu malam apakah ini?" 

Berkata A'isyah : Allah dan RasulNya yang lebih tahu.

Rasulullah bersabda: Malam ini adalah malam nisfu Sya'ban. Sesungguhnya Allah memandang dan mengampuni hamba-hambanya pada malam ini.

Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Neezam dalam kelas di ukirmall sebelum beliau berangkat ke Mesir.

Khusyuk nya solat Rasulullah sehingga disangkakan sudah tiada nyawa. Allah. Allah. 

Salam Nisfu Sya'ban semua Ampun maaf dipinta. Marilah kita berlapang dada.

Dan...

Jangan pernah rasa terlewat untuk berubah. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kembalilah kepada Dia yang Satu.

Kredit :fattumEMPIRE

Tips Pengurusan Perniagaan Paling Mudah Dan Praktikal!

Assalamualaikum wbt,

Wawa panjangkan perkongsian dari sahabat wawa sendiri iaitu Syirah tentang pengurusan akaun syarikat paling simple dan mudah.

Baru Belajar Nak Buat Bisnes? Wanita Ini Kongsi Tips Pengurusan Perniagaan Paling Mudah Dan Praktikal!

buku2 org bisnes

Tenangkan Hati Menuju Ilahi

Assalamualaikum wbt,

Allahurabbi, saat hati ini terasa jauh dari Allah usahalah sehabis daya  untuk semakin mendekat padanya. Pernah tak bila solat, hati tak khusyuk? Pernah tak hati terasa kosong? Pernah tak hati nak dekat pada Allah tapi seakan ada sekatan?

Tahukah anda, Allah sedang menjentik hati-hati kita untuk kembali padaNya. Semoga hambaNya ini ingat padaNya. Berusaha sedaya upaya menjadi perhatian Allah swt.

Wawa nak perdengarkan video ini untuk kalian, wawa tak faham sangat maksudnya. Tapi bila dengar, Allahurabbi bergetar hati. Dengarlah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...