Search This Blog

Wednesday, 8 June 2016

Bila Doa Dengan Hati, Pasti Air Mata Mudah Jatuh

Assalamualaikum wbt,

Bila berdoa dengan hati, pasti air mata meluncur laju bahawa sesungguhnya, Allah Maha Mendengar doa hambaNya.

Bila waktu yang mustajab untuk meminta dengan penuh sungguh-sungguh keyakinan pada Allah swt? Antaranya di waktu kita berseorangan pada bila-bila masa. Kerana waktu kita berseorangan, hati kita sungguh dekat denganNya.

Waktu 10 hingga 15 minit sebelum berbuka. Di katakan bahawa waktu ini doa amat mustajab. Doa orang berpuasa kan mustajab. Doalah bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati Allah pasti makbulkan doa kita.

Waktu di sepertiga malam juga adalah waktu mustajab doa. Di saat kita bersendirian dengan Allah swt, di waktu kesunyian itulah Allah buka pintu langit. Allah menerima segala doa yang kita pinta.

Di bulan yang mulia ini, jangan lepaskan peluang untuk perbanyakkan doa kepada Allah swt.

Wawa doakan semoga doa kita di angkat ke langit tertinggi. Amin

Resepi Udang Goreng Cili Bertelur

Assalamualaikum wbt,

Sharing dari kawan wawa, sedapnya laa hai. Simpan sini dulu boleh buat rujukan nanti.

Udang Goreng Cili Bertelur

Resepi : Aziekitchen

Happy Birthday Master Aeinna Musa

Assalamualaikum wbt,

Ya Allah, jagalah hati kami, satukan persahabatan kami dalam rahmat hingga ke syurga Mu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Alhamdulillah, hari ini special wishes wawa nak wish pada orang yang bernama Noor Aienna Binti Musa atau wawa panggil Ena. Orangnya cantik manis sangat, lembut, bersemangat waja dalam meluaskan empayar bisnes dibawah organisasi OPE.

Wawa kenal Ena sejak di bangku sekolah rendah lagi, tapi tak serapat hari ni sebab Ena duk kelas depan dan wawa duk kelas belakang. haha. Selepas habis sekolah darjah 6 (UPSR), Ena masuk sekolah asrama dan wawa sekolah dekat rumah. Kami terus terputus hubungan, tak tahu ke mana pergi. hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...