Search This Blog

Wednesday, 13 July 2016

Hilangkan Fibroid Ketika Hamil Dengan Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Pernah dengar tentang fibroid? 

"Fibroid, atau nama lainnya 'Leiomyoma' atau 'Myoma' adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus). Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive). Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.

Fibroid kadang kala terjadi kepada wanita hamil. Pada awal kehamilan biasanya fibroid tidak dapat dikesan. Namun, sekiranya berlaku kesakitan di bahagian bawah perut anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pakar.

Ini testimoni Puan Huda yang disahkan oleh doktor mempunyai fobroid 5cm ketika kandungan berusia 12 weeks. 

Alhamdulillah, Puan Huda ikhtiar dengan mengamalkan set hamil shaklee bersama GLA Complex. Pada usia kandungan cecah 23 weeks, doktor sahkan fibroid telah hilang.

Info Kesihatan Apa Itu Dialisis?

Assalamaualaikum wbt,

Dewasa ini, statistik pesakit buah pinggang semakin meningkat. Ia adalah disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya pemakanan, masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi. Wawa nak berkongsi kesan selepas kena penyakit rosak buah pinggang ini yang mana menyebabkan para pesakit terpaksa menjalani cuci darah setiap 2 minggu sekali dan ada juga 1 minggu sekali kerana buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik. Ia di panggil Dialisis.

Apa itu dialisis?
Makanan yang kita ambil adalah untuk bekalan tenaga dan membaik pulih tisu-tisu badan sementara bahan kumuh dan buangan akan dialirkan keluar melalui darah. Darah bersama sisa buangan tisu badan akan ditapis oleh unit-unit kecil di dalam buah pinggang yang dikenali sebagai nefron. Melalui proses penyaringan ini, bahan buangan serta air berlebihan akan disalurkan keluar dari badan melalui air kencing. Namun, apabila unit-unit nefron ini rosak, maka daya tapisan bahan buangan akan berkurangan.
Rawatan dialisis akan membantu tugas-tugas buah pinggang yang rosak serta membantu pengeluaran lebihan air serta bahan-bahan kumuh dari darah dan membantu mengimbangi elektrolit dalam badan. Rawatan dialisis merupakan salah satu rawatan pilihan di samping rawatan pembedahan pemindahan buah pinggang bagi pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...