Assalamualaikum wbt,

Salam Jumaat yang berkat. Jangan lepaskan peluang untuk baca Al-Kahfi 1-2 m/s ye.😊

Wawa nak share 3 kelebihan baca surah Al-Kahfi hari jumaat.

1. manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal.

2. membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat  akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat. 

3. ganjaran yang disiapkan bagi orang yang membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari). Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya sampai ke langit. 

Allahurabbi, besarnya ganjaran Allah bagi. Tak lama pun, 1 surah paling lama 20 minit je. Nak mudah bahagi kepada 3 bahagian. Surah Alkahfi ada 110 ayat (11 setengah page)

Boleh cuba tips ini,

1- Baca 4 mukasurat lepas Maghrib
2- Baca 4 mukasurat lepas Isyak
3- Baca 2 mukasurat lepas Subuh
4- Baca 1 mukasurat lepas Zohor
5- Baca 1 mukasurat lepas Asar

Ok, selamat beralkahfi naa.😊

Founder BYG
#JutawanWawa