Assalamualaikum wbt,

Pernah dengar talk Dr Azizan Osman atau lebih dikenali sebagai DAO? Salah satu yang buat wawa ingat sampai sekarang adalah kena pilih "LOGISTIK YANG BETUL". Apa tu logistik? Dulu-dulu ingatkan berkaitan dengan transport atau pengangkutan. haha

Rupa-rupanya adalah Logistik adalah (Persekitaran, circle atau berada di kumpulan yang sentiasa mempunyai getaran positif dan bernafsu tinggi untuk berjaya. Cth – Berdamping dengan alim ulama’, manusia berjaya, manusia kaya dll)


Alhamdulillah, Allah lorongkan wawa memilih bisnes yang betul iaitu bisnes shaklee. Kenapa wawa cakap macam ni, sebab dalam team kami bukan hanya menitik beratkan jualan dan kejar uv semata, malah kami dia ajar untuk lebih mendekati Allah swt. Bayangkan sebelum ni semua orang tahu tentang solat dhuha, tahajjud, taubat, zikir, mengaji dan solat awal waktu tapi tak semua orang akan buat kan?

Alhamdulillah, asbab join bisnes shaklee ini wawa dapat konsisten dengan amalan-amalan rohani ini. Malam tadi wawa dihidangkan dengan  kelas amalan kerohanian di group Elite MSE. Di mana dalam kelas ni, macam-macam ilmu dan peringatan yang di sampaikan oleh Key Coordinator Kak Wani.

Antara yang di tekankan adalah:

  1. NIAT, kita buat bisnes kerana apa? Kita kena tahu, apa tujuan kita buat bisnes dan sebaik-baik niat adalah niat kerana Allah swt.
  2. RESTU, kita buat bisnes ni mestilah dapat doa dan restu dari suami, mak ayah dan jika ada anak2, minta anak2 restukan kita. Anak2 tak kecil hati dengan kita.
  3. SOLAT, solat wajib mesti kena awal waktu. Allah kata nak BERJAYA kena jaga solat. Selain tu, solat sunat perlu diperbanyakkan iaitu solat Taubat, Dhuha, Tahajjud. Amalan yang sedikir dan disusuli dengan konsisten lebih baik dari amalan yang banyak tetapi cuma sekali atau 2 kali sahaja.
  4. ZIKIR, dalam team kami ditekankan untuk perbanyakkan zikir Ya Wahhab Allah Yang maha Memberi dan juga Istighfar. Ingatan ini sebagai peringatan kepada kami supaya sentiasa mengingati Allah swt. Tambah pula kita ni pendosa, isitighfarlah selalu memohon keampunan Allah swt. Mana tahu, disebabkan dosa-dosa yang kita tak perasan menjadi roadblock untuk kejayaan.
  5. AL-WAQIAH, surah ni memang ramai dah yang tahu surah rezeki, kekayaan , kebahagian dan kecantikan. Sesiapa yang baca surah ini dijamin tidak akan fakir selamanya. Kena hayatilah sekali naa, amal apa yang Allah suka. Dalam surah ni Allah ada sebut, sangat beruntung bagi golongan kanan iaitu golongan yang menurut perintah Allah lah. Nak awet muda boleh amal surah ini juga tau.")
  6. SEDEQAH, bukan hanya sedekah duit naa, boleh jadi sedekah ilmu, sedekah tenaga, sedekah sharing perkara kebaikan, sedekah konsultasi pada customer dan lain2. Ada duit lebih, kita sedekah lebih. Ada sikit, kita sedekah sebanyak mana yang kita ada. Pernah tak dengar tips dari jutawan? Nak income rm10,000 kita mesti sedekah rm1000. Nak income rm100,000  kita mesti sedekah rm10,000. Ini adalah sifir Allah, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita dapat.
  7. DOA, minta suami, mak ayah, anak2 doakan kejayaan kita. Kita nak Master, mintak dieorang doakan. Doa mak sentiasa dimakbulkan Allah. 
  8. ZAKAT, sebagai seorang bisnes kita mendapat income dari customer, kita perlu bagi consultation pada mereka dan tetiba kita tak dan nak consult, kena coaching anak2 bisnes, then tak sempat. Semua ini boleh jadi roadblok untuk kejayaan kita. Jadi, kita bersihkan pendapatan kita ni dengan zakat supaya income kita berkat.
  9. ROADBLOK, ini antara punca kejayaan seseorang tersekat. Kita dah buat semua amalan rohani diatas, kita dah sharing produk di fesbuk, insta, blog dan sebagainya namun hasilnya tiada. Kenapa? Salah satunya ada roadblock dalam hidup kita. suami terasa hati, anak terasa hati, jiran2 terasa hati, customer terasa hati, kita mengumpat, kita sakitkan hati orang. Ini perlu diperbetulkan supaya roadblock ni dapat dihapuskan. Jadi, mudahlah perjalanan kejayaan kita. 
Ada lagi tambahan daripada Master Iffah Anuar (MIA), walau apapun yang kita lakukan jangan sekali-kali lupa pada Allah. Kita ni bukan siapa2 pun, insan paling lemah tiada daya, hanya Allah yang membantu kita, mendatangkan kita customer yang ramai, yang memberi kita kekayaan. Jadi, kena ingat Allah selalu.

Satu amalan yang MIA tak [ernah tinggal sampai hari ini iaitu, sentiasa mengamalkan ayat2 syurga iaitu “Laa Haula Wa Laa Quwwata il-la-Bil-Laah”.

Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita perlu miliki 3 I.

I - Ihsan (Buat sesuatu hanya kerana Allah swt, segalanya kerana Allah.)

I- Itqan (Tekun dan bersungguh2. Doa sungguh-sungguh minta pada Allah)

I- Istiqamah (Konsisten, dalam melakukan apa-apa pun kita mesti istiqamah. Biar sedikit asalkan berpanjangan)

Ok ke ok?