Assalamualaikum wbt,

Hari ni wawa share gambar kuah ikan singgang di group facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Rupanya ramai yang sukakan kuah singgang ni.



Wawa share sebab memang rindu masakan mak dan masakan pantai timur ni. Kuah singgang is my favourite bersama sambal belacan. Hihi

Kuah singgang biasanya banyak di temuu di Pantai Timur iaitu Terengganu & Kelantan. Wawa share sikit cara-cara nak buat kuah singgang ni.

Actually mudah sahaja, cuma untuk pengetahuan semua kuah singgang ada 2 version tau. Satu color jernih dan satu lagi color kuning.

Wawa lwbih suka color jernih, hubby pula suka color kuning. Bezanya color kuning asal dari Terengganu, color jernih asal dari Kelantan. Hihi

Bahan-Bahan :

4 potong ikan tongkol
2 inci lengkuas dipotong nipis
5 ulas bawang putih dihiris nipis
1 biji bawang sederhana besar di hiris tebal (wawa jarang letak)
3 keping asam gelugur / asam keping
3 biji cili kecil @ cili besar
Garam secukup rasa
Gula sedikit sahaja
Secukup rasa maggi (option)
Sedikit belacan (option)
*setengah inci halia hidup / 1/2 sudu kecil  serbuk kunyit (wawa letak jika nak masak untuk hubby je)

**Masukkan air sampai paras lebih dari ikan.
Ikan boleh juga guna jenis lain tau, contoh ikan sardin ke, ikan kembung ke. Tapi, ikan aye (tongkol) ni paling win. hihi

*Jika nak letak sayur bendi pun boleh, letak ketika kuah sedang menggelegak bagi elak ia belendir.

CARA-CARA :

*Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk. Asam, garam, gula & secukup rasa masukkan selepas air mula mendidih.
Biarkan sehingga masak, biarkan api sederhana. 


Ok, dah siap. Mudah kan.😊

Ciri2 kuah ikan singgang ni mesti masam, ada masin sikit dan tak rasa sangat manisnya. Rasa manis ikan lagi sedap.

Selamat mencuba!