Assalamualaikum wbt,

Lepas maghrib tadi, wawa duk baring je atas katil. Mata makin layu, menanti waktu saja untuk lena. Ialah, penat seharian bekerja 7 hari seminggu non stop.

Niat dihati mahu tidur awal, lepaskan lelah yang bertamu. Hehe

Tup tup.. suami call dah ada depan rumah, Ya Allah terkejut macam nak melompat hati. Ye la, hari ni suami pun kerja. Faham sangat kepenatan suami, so wawa tak bermesej laa. Biarkan suami rehat sahaja.

Alih-alih dah ada depan rumah. Happy, gembira, terharu semata-mata nak ajak isteri pergi makan. Nak menangis pun ada, sebab dah memang rindu kan. Dia tahu isterinya ni, malam-malam jarang sangat nak makan. Ye laa, suami duk jauh sekangkang kera. Hihi.

Wanita ni simple je kan, buat macam tu pun dah boleh jatuh cinta berkali-kali. Apatah lagi buat surprise melambung-lambung kan.

Buat para suami, ingatan uols pada isteri adalah suatu nikmat yang wajib anda hargai. Layani isteri uols dengan baik, lemah lembut dan sabar.

Wawa diakan semoga rumahtangga uols dikurniakan barokah sakinah, mawardah, warahmah. Aminn