Saturday, 23 August 2014

Hakikat Rezeki

Assalamualaikum & selamat petang!

Hari ni kawasan paka terputus bekalan air, sejak pagi tadi sampai lah ke petang. Pagi tadi sempatlah tadah satu baldi dan mandi awal-awal sebab time tu air masih lagi ada cuma perlahan.

Pergi kerja, sampai ofis terus masuk toilet. Alhamdulillah,  air ada. Sempatlah membuang hajat. Tak sampai satu jam, ofismate masuk ofis then bagitahu air takde. Allahuakbar, Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk wawa guna air tadi.

Tepat jam 10 pagi, wawa pergi toilet untuk ambik wudhuk solat dhuha, Alhamdulillah air ada. Lepas siap solat, sambung kerja balik. Kemudian ofismate tanya, awak dah dhuha? Wawa jawab, ya dah. Lepas tu dia pergi untuk ambil wudhuk dan datang balik kat wawa bagitahu air takde. Alhamdulillah,  Allah izinkan saya dengan rezeki air untuk laksanakan dhuha. Dieorang macam confuse macam mana wawa ambil wudhuk sedangkan air tak de.

Zohor pun sama, lepas azan wawa pergi toilet bukak air ada cuma slow. Terus wawa ambil wudhuk untuk solat zohor.

Waktu Asar pun sama jugak, wawa sempat ambil wudhuk then solat. Ofismate tanya, dah solat? Air takde. Wawa jawab dah.

Subhanallah,  semuanya rezeki Allah kurniakan. Bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kemudahan untuk melaksanakan solat. Allahuakbar, Alhamdulillah. 

=======
Secara konklusinya, hendaklah kita sentiasa bersangka baik terhadap Allah swt. InsyaAllah Allah permudahkan segala urusan kita.

Sesungguhnya rezeki Allah itu luas, kemudahan untuk melakukan sesuatu kebaikan, kesihatan, makanan, dapat berjalan, boleh bercakap, mendengar, sempurna fizikal, dipinjamkan oleh Allah nyawa dan banyak lagi.

Bersyukurlah, dengan nikmst rezeki yang Allah kurniakan. Jangan pula kita merungut. Jauhi sifat-sifat mengeluh dengan ubah membuatkan kita bersangka baik dengan Allah serta sesama makhluk.

Wallahualam..=)



Peppermint Ginger Plus Shaklee

Assalamualaikum wbt,

Peppermint Ginger Plus adalah kombinasi empat herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan dibawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.

Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Empat Herba ;

》Daun Pudina
》Halia
》Adas
》Cekur Manis

Fung Utama Peppermint Ginger Plus

1. Pudina - Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

2. Halia - Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada dua ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus ,  sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa berpantang). Satu kajian di United Kingdom menunjukkanbahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita; penyelidik di switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain sepertiarawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat atau mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan/pengembaraan.

3. Pokok Adas (Fennal) - Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Juga, ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

4. Cekur Manis (Anise) - Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba dimusim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga didalam badan dan lembut pada perut.





Get Clean Soft Fabric Concentrate Shaklee

Assalamualaikum,

Apa Get Clean Soft Fabric Concentrate ni?

Secara ringkasnya adalah pati pelembut pakaian. Biasanya korang akan guna softlan kan untuk lembutkan pakaian kan? 

Dulu, wawa pun guna softlan jugak. Untuk satu basuhan mesin tu korang mesti letak satu cup tudung kan? Dalam masa sebulan je, confirm dah tinggal separuh. Tapi tidak dengan Soft Fabric Concentrate ni.

Sejak April wawa guna, sampai sekarang tak sampai suku pun luak. Sangat menjimatkan, korang hanya perlu guna setengah sudu dan campurkan dalam satu gelas air sebelum dituangkan ke dalam mesin dibahagian softener tu. Hasilnya, fuhh wangi!

=======
Haa, wawa nak cerita yang pagi tadi. Dua kali mendobi dan wawa gunakan soft fabric ni macam biasa. Then, jemur lah baju-baju yang siap dibasuh di hanger/ penyangkut baju pastu atur ditingkap rumah.

Tetiba dapat message dari rakan bisness, nak datang belajar tentang gadjet baru dan bisness shaklee. Lintang pukang kutip baju-baju then sangkut kat tingkap dalam bilik.

Sampailah suami balik dari kerja pukul 7 tadi, wawa pun bukak lah pintu bilik tadi. Ya Allah, harumnya bau bilik! Sebelum ni, bilik tu jadi tempat iron baju je. Tak pernah sembur perfume ke apa. Sungguh, harum sangat bauan yang sungguh lembut.

Anda yang sedang mencari pelembut yang terbaik? Wawa Soft Fabric Shaklee sangat recommended! 

Sangat sesuai digunakan pada pakaian yang sukar digosok, kerana selepas penggunaan soft fabric ini, baju anda seperti sutera..=)

Tak perlu percaya, cuba dulu anda pasti jatuh CINTA!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...