Assalamualaikum wbt,
Perempuan dan lelaki sekarang sama-sama lebih cenderung menjaga kesihatan kulit. Dulu, wawa boleh katakan hanya perempuan agak jarang dan janggal bila lelaki menjaga kecantikan wajah, meraka pasti dipandang enteng dan lebih dikenali sebagai maskulin.
Kini, kedua-dua golongan ini sama-sama bersaing untuk menjaga kecantikan wajah dan kulit. Jika wajah berjerawat, pasti cinta mereka ditolak mentah-mentah. Memilih sangat akn? ")
Wawa nak berkongsi dengan korang, ada tujuh punca kulit kita berjerawat dan tidak sihat. Nak tahu tak? Jemput baca sampai habis ya..")
Perempuan dan lelaki sekarang sama-sama lebih cenderung menjaga kesihatan kulit. Dulu, wawa boleh katakan hanya perempuan agak jarang dan janggal bila lelaki menjaga kecantikan wajah, meraka pasti dipandang enteng dan lebih dikenali sebagai maskulin.
Kini, kedua-dua golongan ini sama-sama bersaing untuk menjaga kecantikan wajah dan kulit. Jika wajah berjerawat, pasti cinta mereka ditolak mentah-mentah. Memilih sangat akn? ")
Wawa nak berkongsi dengan korang, ada tujuh punca kulit kita berjerawat dan tidak sihat. Nak tahu tak? Jemput baca sampai habis ya..")
1. Masalah hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan
mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai
hormon androgen. Hmm...sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari
kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat
berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang
hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.
2. Masalah Jangkitan Bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama
Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui
dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan
kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak
bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat
kerana ia boleh memindahkan bakteria ini
ke bahagian yang lain pula.
3. Pengambilan makanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak
dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai
kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh
mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi.
So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai
penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan
pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada
jerawat.
4. Stress
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat
yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom
jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh
dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana
adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara
berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang
keluar.
5. Penggunaan kosmetik dan alat solek
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada
wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi
penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan
semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan
terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.
6. Pancaran cahaya matahari
Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah
jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada
anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan
liang roma anda juga tersumbat.
7. Pakaian
Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda
ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita
juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan
minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia
ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan
bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian,
memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung
semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan
bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh
menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan
sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko
mendapat jerawat pada bahagian badan.
Dah tau puncanya, kan? So, kalau boleh elak, kita elakkan.
Kalau dah ada jerawat, bagaimana pula cara nak mengatasinya atau menghilangkan
jerawat dengan berkesan?
Selamat mencuba.")
FREE CONSULTATION
Cara Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan:
- Amalkan minum satu sudu VIVIX dicampur ke dalam 1 gelas air suam/sejuk. Minum sebelum tidur dan amalkan setiap hari.
- Sapukan Vivix + Collagen Powder + Vita E Complex + Soothing Radiance Whitening Essence (Toner Nutriwhite) selama 15-20 minit setiap hari. Boleh juga 3 kali seminggu. Hasilnya, MasyaAllah serius best.")
- Minum air masak tiga liter sehari.
Jom jaga kesihatan diri. ")
Terima Kasih sudi luangkan masa membaca..") Semoga peroleh ilmu yang bermanfaat.
For orders and inquiries, boleh contact Wawa terus ya..")
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Wawa untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Founder of MME Legacy.
Your Shaklee Independent Distributor
Wawa | wanrokiahwanismail@gmail.com
Whatsapp: 019 996 6576
SID No : 1109915
Instagram: @Beauty_Skin_bywawa
Facebook: Puan Wawa or Beauty_Skin_Bywawa (page)
4 Comments
perkongsian menarik
ReplyDeleteJm makan vivix tk?
Deletekebetulan lepas raya ni.. muka mia berjerawat skit.. makan macam2...
ReplyDeletepsssttt thanks join segmen nak url blog #17. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2015/08/senarai-url-blog-17.html
Jom minum vivix mia.. Hihi
DeletePost a Comment
Terima Kasih singgah comment. Semoga sentiasa ceria dan bahagia selalu..😊