Sunday, 9 August 2015

Nikmati Buah Durian Fresh Di Hujung Minggu

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar? Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt kerana kurniakan kesihatan yang baik buat kita semua. Entry hujung minggu wawa, dua hari berkampung di Padang Landak Jerteh Terengganu. Hujung minggu wawa Jumaat dan Sabtu, dua hari ni berhabis waktu dengan mengunjungi dusun Tok Ayoh (Ayah mertua kakak ipar).

Kami dah inform awal lagi iaitu seminggu sebelum nak datang ke sana. Supaya simpan buah-buah durian dan buhan tempatan yang lain untuk kami. Wawa bertolak malam khamis bersama mak mertua, adik ipar, anak saudara dan wawa serta suami. Bertolak lebih kurang jam 10:30 malam dan sampai jam 1 lebih sebab sempat berhenti makan dekat Bandar Setiu.

Alhamdulillah, sampai sana main-main dengan anak buah kejap then tidur dengan lena sampai pagi. Bangun pagi, lepas siap-siap keluar ke dapur tengok apa yang boleh di tolong. Sekali mak mertua panggil pergi rumah Tok Ayoh, makan durian fresh dari kebun.

First day, Ya Allah serius rasa heaven sangat dapat makan durian fresh. Banyak plak tu, wawa sorang yang makan, orang lain tengok je. Nampak sangat kebulur ngan durian.. haha.. Padahal sebab orang lain semua dah puas makan. Hubby wawa yang belah buah durian, wawa yang makan. Memang niat datang nak makan durian semata-mata, jadinya memang sarapan dengan buah durian laa.. hihi


Lihatlah, photo wawa yang sedang bersarapan dengan durian. Khusyuk gitu..kiki

Seharian tempat wawa adalah disitu, sebab durian fresh sentiasa ada. Awal pagi peraih ada juga yang datang ambil durian dari sini, hanya RM1 sekilogram. Sekali ambil berpuluh-puluh kilo. Wawa juga yang seronok, makan tak pandang kanan kiri sampai kembung perut. Hihi

Malam pula, tok mek buatkan kami Pulut Durian Bersantan. Walaupun dah kenyang, makan tetap makan.. hihi .. Seronok kan makan..”)

Hari kedua, juga rutinnya sama. Cuma jam 10 pagi wawa meronda dengan hubby di kawasan Padang Landak dan Kampung Lak Lok Dalam, ingatnya nak pergi cari rumah mak saudara wawa sekali tak kenal jalan. Nak call handphone plak tak bawak, jadi kami balik aje ke rumah. Makan durian lagi sampai muntah.. kiki

Petang, kami bertolak balik ke Paka semula. Sangat enjoy dengan pengalaman ni. Dah lama rasai makan durian sebanyak ni, time kecil-kecil dulu rajin jugak sebab atok pernah bawak kan. Sekarang atok dah tak ada, kampong pun jarang balik.

suami sedang membersihkan sampah sarap di duri buah durian.

Alhamdulillah, selamat sampai Paka petang semalam.”)

Thanks semua, sudi baca celoteh petang wawa..”)

15 comments:

Mardiah Diana said...

Salam singgah petang puan wawa....murah durian kat situ....Diana suka sangat makan durian ni...

kakyon said...

tahun ini dah terlebih makan durian..sampaikan nampak durian jer rasa nak pening kepala..

PeRdU cINta said...

Wah..fresh tu yang lazat rasanya..

paridah said...

makan durian yg baru gugur dari pokoknya sedap amat..xcukup makan sebiji

fifi fizah (pearl) said...

sdp nye mkn..mkn xpndang dh kri kanan..hehe dgn kain btik lg tu..smgt nyer.. :D

Puteri Wanita said...

sedapnya ... durian fresh lagi tu. terliur tengok :)~

aeinna Musa said...

rm1 sekilo????
best sgt!.

kat bangi ni sebiji rm50!..hoho

Puan Wawa said...

Waalaikumussalam diana, aah murah sangattt sana.. Wawa pun suka..hehe

Puan Wawa said...

Haha.. Betul tu, kalau dah banyak sgt takut2 terover plak.. Nanti terluah balik.kiki

Puan Wawa said...

Betul tu.. Luruh je buka makan..

Puan Wawa said...

Kena makan berbiji2 kak..hihi

Puan Wawa said...

Hahaha.. Memang pn fizah..

Puan Wawa said...

Alahai sory puteri..

Puan Wawa said...

Aah, murahkan?
Biar betul ena..mahalnya..

Aisy Nasiha said...

Tahun ni durian menjadi sungguh nampaknya kan.. kat mana2 boleh jumpa durian.. bagi yang minat memang musim yang cukup menggembirakanlah ya.. bagi yang ada kebun pula seronokla menjual atau menjamu anak beranak yang balik beraya dan bercuti dengan durian segar.. ai kalau buat sarapan gitu, memang gembira sangatla sepanjang hari...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...