Assalamualaikum wbt,

Sedapnya dapat makan nugget sambil-sambil tengok tv. Nak pergi beli, malas plak kan kedai bukannya dekat. Cuba tengok kat dapur apa yang ada, kot-kot boleh jadi nugget seketul dua. Hehe

Pernah tak korang buat nugget sendiri? Mungkin dah pernah buat, mungkin juga ada yang belum pernah cuba kan? Wawa nak kongsikan cara buat nugget yang sangat simple dan sedap. Bahan- bahan sangat mudah didapati dan wawa yakin, semua bahan tu korang ada kat dalam peti ais rumah tu.

Jom teman wawa buat nugget, yang penting selamat dan semulajadi. Tak ada bahan pengawet.




Bahan-Bahan :

1- Setengah ekor ayam bahagian isi direbus empuk (carik2 kan isi ayam atau boleh juga blend)
2- Bunga kubis setengah direbus empuk 
3- Bawang besar 1 biji
4- Cili 1-2 biji (ikut korang nak pedas @ tak)
5- garam secukup rasa

Cara-Cara Membuat :

Blendkan bawang besar + cili + bunga kobis (jangan hancur sangat) , campurkan bahan yang di blend tadi bersama-sama ayam dan gaul sebati. Masukkan secubit garam ( ikut nak masin @ tawar). Selepas gaul sebati, bolehlah mulakan proses menggoreng.

Bentukkan dengan sudu atau tangan mengikut saiz nugget yang anda inginkan. Wawa buat dengan sudu je, jadi kecil je.

Goreng sampai masak @ garing. Boleh dihidang bersama sos cili.

Selamat mencuba..")