Assalamualaikum wbt,

Semalam wawa ambil cuti, sebab nak uruskan beberapa perkara. Memandangkan suami juga balik bercuti, bolehlah kami outing together kan. Hihi

Kami keluar jam 10 pagi, singgah bank uruskan masalah akaun hubby yang tiba-tiba jadi tak aktif dan beberapa tempat lain. 

Jam 12 tengah hari, perut bernyanyi riang minta di isi. Wawa pilih kedai ditepi pantai, dan kedai yang ada ikan bakar. Wawa makan lauk biasa sahaja, hubby pula makan ikan "tuke". Kalau bahasa standard wawa kurang pasti, apakah nama sebenar ikan itu.. Hehe

Ini nasi dan lauk wawa. Mak aihh, nampak cam banyak plak wawa makan.. Kiki

Sambil makan, wawa kongsi cerita ngan hubby. Di kedai yang sama, wawa makan tengah hari bersama rakan ofis. Dieorang tanya, nak air apa? Wawa dengan penuh yakinnya cakap, kiteorang nak air kelapa suam. 

Maksud wawa, air kelapa yang tiada ais. Ingatkan budak tu faham laa, rupanya. Sampai di meja kiteorang, air kelapa dicampur dengan air suam dan letak gula sekali. Kami bantai gelak sampai tak leh nak minum.. Allah, ada juga orang buat air kelapa suam ye. Sebelum ini pun kami pernah minum dan order yang sama, makcik ambil order tu faham. Tapi, budak lelaki ni terlebih faham agaknya.

Wawa dan hubby gelak je sambil makan. Kisah ni terjadi dengan sahabat wawa. Hubby pun berkongsi juga cerita lucu bersama sahabatnya. Macam-macam cerita kelakar yang keluar. ")

Selesai makan, kami ke kedai emas pula. Meninjau harga dan barang sekali..hihi

Selepas itu, ke masjid untuk solat zohor. Kami teruskan perjalanan ke Dungun pula. Cuba untuk selesaikan masalah pembayaran kereta dan hasilnya zero, sebab penasihat pinjaman seolah-olah tak tahu nak buat macam mana. Setengah jam juga menunggu, tak selesai juga. Kami teruskan ke pusat service kereta.

Allah, first time kena service kereta myvi rm400++. Apa pun, asalkan kereta kesayangan sihat-sihat aja. Sampai jam 6 baru siap. Kami bertolak ke Paka, singgah pula di hardware suami mahu beli safety glass & glove. Jam 7 baru sampai rumah.

Bersiap solat maghrib dan tunggu isyak, kami balik ke Ketengah Jaya rumah mak ayah wawa. Makan dan sembang-sembang dengan mak, jam 10.30 malam bertolak balik ke Paka. Memandangkan hubby nak ke Gebeng awal pagi, jadi kami tidur di rumah Paka sahaja.

Alhamdulillah, sampai rumah terus beradu. Kami outing dalam kereta sahaja semalam..hehe

Korang kemana ye?