Saturday, 31 October 2015

Resepi : Siakap Tiga Rasa Mudah

Assalamualaikum wbt,

Ya Allah, sedapnya. Resepi dari page ShielaRosli, wawa parking sini dulu. Nanti free boleh berasap kat dapur vitamin wawa..hihi

RESEPI SIAKAP TIGA RASA
**********************************



Bahan-bahannya :
● 1 ekor ikan siakap
● 1 ulas bawang putih - ketuk/ mayang
● 2 ulas bawang merah - mayang
● 1 keping nenas - di dadu kecil
● 1 batang serai - di potong serong
● 2 biji tomato saiz sedang (+-100g sebiji)
● 1 sb sos tomato
● 2 sudu besar sos cili
● 1 sk nampla / sos ikan
● 50ml air
● 2 helai daun limau purut
● 3-5 biji cili padi thai di titik
● 1/4 biji bawang besar - dipotong kasar
● Lada benggala hijau - optional
● Sedikit cauliflower /carrot - optional
● Garam, kunyit dan perasa

Cara masaknya:
1. Ikan dibersihkan dan di lumur garam dan kunyit.

2. Goreng Ikan ikut suka. Jika nak macam kat kedai boleh goreng dengan api besar. Hasilnya isi ikan akan garing di luar lembut di dalam.

3. Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan.

4. Panaskan sedikit minyak goreng ikan tadi.

5. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.

6. Masukkan sebiji tomato yang di potong dadu kecil.

7. Kacau dan masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan/ nampla.

8. Masukkan serai, cili padi, daun limau purut, cauliflower/carrot dan air.

9. Bila carrot/ cauliflower dah hampir masak masukkan capsicum dan bawang besar.

10. Perasakan masin, masam dan pedas (3 rasa) dan curahkan ke atas ikan tadi.

Sedia untuk dihidangkan. 

Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

#selamatmencuba
#copypaste
#semogabermanfaat

4 comments:

Wa said...

Tengok pun dah tau sedap...tapi kalau makan kat kedaikan.. Ni lah menu yang wa sentiasa order.

Diana Rashid said...

sedapnya..lagi2 ada nenas..selalu saya ratah nenas tu dulu..hehehe

paridah said...

sedap sgt tu nampaknya...

Eina Md Ali said...

Sedapnyaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...