Saturday, 14 November 2015

Apa Manfaat Kita Nak Bagi Pada Orang Lain?

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar kalian? Alhamdulillah, syukur Allah masih hidupkan kita hari ini. Nikmat yang paling besar dalam hidup. 

Syukurlah sentiasa kerana dengan bersyukur Allah tambah lagi nikmat. Allahuakbar.

Apa niat kita hari ini? Apa tujuan kita dihidupkan hari ini? Pernah tak kita bangun pagi, terlintas dihati mahupun fikiran kita apakah manfaat yang aku nak bagi pada orang lain hari ini? 

Bermula dengan suami pun tak apa, contohnya. Apa aku nak masak pada suami? Macam mana aku nak bahagiakan suami? Anak-anak, ibu ayah, adik beradik, jiran tetangga juga seluruh manusia yang mengenali kita.


Walau dengan sepatah kata, ajak melakukan perkara kebaikan juga antara memberi manfaat pada orang lain kan..

Bak kata Dr Azizan,

" Pada saat kita berhenti memberi manfaat pada orang lain, pada saat itu juga kita tidak bermanfaat kepada diri kita."

Apa manfaat yang kita nak bagi pada orang lain melalui penulisan? Tepuk dada tanya iman dan tulis yang baik-baik aja ye..")

2 comments:

Fifi Fizah said...

tq.. :)

DYatie ABakar said...

Betul. Ini antara satu persoalan yang saya selalu juga tanya pada diri sendiri. Apa yang aku boleh bagi pada orang? Yang ia boleh dimanfaatkan? Yang ia memberi kan bonus pada aku di sana nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...