Friday, 15 January 2016

Inspirasi : The Power of Sedekah

Assalamualaikum wbt,

[ THE POWER OF ANAK YATIM ]

Saya asyik teringat-ingat kisah ni. Kisah yang saya baca dari buku ALLAH TEMPAT MEMINTA.
Kisahnya macam ni.

Ada seorang guru 8 orang anak ini menceritakan, pada satu hari sekolahnya didatangi seorang penceramah motivasi.
Penceramah tersebut aktif dalam aktiviti untuk kebajikan anak yatim. Beliau menceritakan bagaimana dia terpaksa membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji kerana ingin membela anak yatim. Dahsyatnya!..Sedihkan? ..

Sepanjang ceramahnya, tabung sumbangan anak yatim tersebut diedarkan di dewan. Penceramah tersebut mengajak semua hadirin untuk sama-sama mengumpul saham akhirat dengan menderma kepada anak yatim tersebut.

Akhirnya tabung tersebut sampai di tangan guru tadi. Dibukanya beg duit. Tinggal Rm50 sahaja dalam begnya. Terbayang pulak muka anak-anaknya. Di rumah pula sudah tiada apa yang tinggal untuk di masak buat anak-anak balik sekolah nanti.
Tetapi beliau juga terbayang muka anak-anak yatim ini. Terdetik rasa belas di hati beliau. Maka disedekahkan kesemua duit rm50 tersebut.

Fikirannya, tak apalah. Balik nanti dia akan goreng telur yang berbaki untuk anak-anaknya makan dengan nasi. Dan dia akan pujuk anak-anaknya betapa anak-anak yatim lebih memerlukan...
Jadi dia pun pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, guru ini tiba-tiba teringat untuk singgah di stesyen minyak berhampiran. Dia ingin keluarkan wang yang berbaki. Seingatnya dah tak banyak yang tinggal. Dia nak keluarkan rm50 sahaja.

Tapi, dia sangat terperanjat bila dapati dalam akaun ada RM500!..
Sesungguhnya dia rasa tak mungkin. Dia pun call suaminya untuk pastikan kalau-kalau suaminya masukkan duit ke akaunnya. Tapi suaminya menafikan.
Pada mulanya dia terfikir mungkin dia tersilap tengok baki wangnya. Dia cek semula slip pengeluaran yang terdahulu. Betul. Baki tinggal beberapa puluh ringgit sahaja. Tak teringat pula kalau-kalau ada yang membayar hutang padanya.
Ya Allah!..Subhanallah!!..

Sesungguhnya kisah ini menunjukkan bahawa benarlah janji Allah itu. Jika kita mendermakan harta benda di jalan Allah, Allah akan menggandakannya bagi orang yang dikehendakinya.
Terutamanya, derma ikhlas kepada anak yatim itu sangat powerful. Kerana anak-anak yatim ada keistimewaan dan darjat yang mulia di sisi Allah.
WALLAHU'ALAM...

Indahnya hidup dengan istighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah...

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

inshaallah

paridah said...

SALAM JUMAAT..SUBHANALLAH HEBATNYA AMALAN BERSEDEKAH...

Eintan Nurfuzie said...

sedekah itu sebenarnya perlaburan yg paling menguntungkan

Zie Has said...

ok ini memang kisah real ...

ingatkan ada 2.6b dalam akaun hehe :p

Asha Lya said...

Betapa bsrnya kuasa sedekah kn

Miera said...

Selalunya orang yang berjaya adalah orang yang suka bersedekah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...