Sunday, 24 January 2016

Tips Kecantikan : Masker Collagen Powder Tegangkan Kulit

Assalamualaikum Dearies,

Apa khabar semua? Alhamdulillah, syukur Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita. Syukur juga Allah kurniakan kecantikan pada semua manusia. Alhamdulillah.

Malam ni wawa nak kongsi tips kecantikan yang wawa amalkan untuk tegangkan kulit.

Seminggu satu atau dua kali wawa akan lakukan masker Collagen Powder yang mana wawa buat home made sahaja. Campur dengan air masak, kemudian sapukan pada keseluruhan wajah dan leher. Korang akan rasa tegang di seluruh wajah dan leher.

Biarkan selama 15-20 minit dan bersih wajah dengan air yang bersih dan lakukan urutan dari bawah ke atas. Dari dagu ke dahi.

Selepas itu, korang akan rasai kulit wajah yang sangatttt lembut. Kulit lebih tegang dan awet muda, tiada lagi garis-garis halus dibawah mata.



Ini contoh yang wawa buat pada tangan. Tak nampak jelas perbezaan pada tangan wawa, yang berbeza rasa kilit lebih lembut dan halus.

Jika berkesempatan, korang cubalah..")

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...