Wednesday, 30 March 2016

Allah Mengikut Sangkaan Hambanya

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Wawa doakan kalian sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan.

Daripada kebencian seseorang kita belajar membetulkan kesalahan dan memperbaiki kelemahan...

Daripada kasih sayang seseorang kita belajar membina keyakinan dan kekuatan diri...

Syukurlah, jika masih ada yang membenci dan menyayangi... itu petanda Allah sedang mendidik mu melalui musuh dan sahabat mu!

Hari ini wawa di datangi 2 orang yang meluahkan perasaan kurang enak tentang keadaan di sekeliling beliau. Sorangnya ceritanya begini, sorang lagi ceritanya begitu. masing-masing tidak berpuas hati dan tujuan bercerita adalah untuk meraih sokongan daripada wawa mungkin. 

Wawa bukan nak bercerita tentang dieorang, cuma nak tekankan bahawa apa yang kita fikir itu yang kita tarik sebenarnya.

Perasan atau tidak, jika anda kata orang itu sombong, jika kita fikir orang sekeliling kita jahat maka orang-orang beginilah yang datang dekat dengan kita. Dalam Alquran juga ada menyebut, Allah mengikut sangkaan hambanya. Kita sangka baik, Allah datangkan yang baik-baik. begitu juga sebaliknya.

Wawa ajak kalian semua, cuba twist minda kita dari berfikiran negatif kepada fikiran yang lebih positif. Jika dulu kita sering fikir, kawan kita suka cakap kat belakang dengan kita, suka mengumpat kita, kali ni kita fikir dan anggap bahawa mereka bercakap tentang kita, mereka kagum dengan kita, mereka suka cara kita, mereka puji kita.

Jom ubah mindset, jadikan mindset kita lebih berfikiran positif, jutawan, hebat serta bersangka baik setiap masa..")

1 comment:

LYAfrina said...

setuju tu wawa..
kita mesti sentiasa positif dgn sekeliling kita.. in shaa Allah, positiflah org2 sekeliling kita..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...