Wednesday, 8 June 2016

Bila Doa Dengan Hati, Pasti Air Mata Mudah Jatuh

Assalamualaikum wbt,

Bila berdoa dengan hati, pasti air mata meluncur laju bahawa sesungguhnya, Allah Maha Mendengar doa hambaNya.

Bila waktu yang mustajab untuk meminta dengan penuh sungguh-sungguh keyakinan pada Allah swt? Antaranya di waktu kita berseorangan pada bila-bila masa. Kerana waktu kita berseorangan, hati kita sungguh dekat denganNya.

Waktu 10 hingga 15 minit sebelum berbuka. Di katakan bahawa waktu ini doa amat mustajab. Doa orang berpuasa kan mustajab. Doalah bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati Allah pasti makbulkan doa kita.

Waktu di sepertiga malam juga adalah waktu mustajab doa. Di saat kita bersendirian dengan Allah swt, di waktu kesunyian itulah Allah buka pintu langit. Allah menerima segala doa yang kita pinta.

Di bulan yang mulia ini, jangan lepaskan peluang untuk perbanyakkan doa kepada Allah swt.

Wawa doakan semoga doa kita di angkat ke langit tertinggi. Amin

4 comments:

AinAthirah Anuar said...

Aminnn Aminnn Ya Rabb !

Malinda said...

inshaa Allah dik..terima kasih atas perkongsian ni...selamat berpuasa utk adik dan pasangan :)

Maria Firdz said...

Perkongsian yang bermanfaat...terma kasih berkongsi...

Jari Manis said...

betul2..kerana menghayati dan memahami dan mendalami..minta dgn se ikhlas hati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...