Assalamualaikum wbt,

Puasa mempunyai banyak hikmah disudut kesihatan yang perlu kita fahami dan kita yakini kerana syariat Allah adalah suatu yang membawa kebaikan kepada manusia seluruhnya.

Kajian sains telah menunjukkan dengan berpuasa mempunyai banyak faedah kesihatan. Puasa memberikan kesan positif kepada kesihatan psikologi dan fizikal. 

1. Puasa yang betul akan membantu kita menurunkan berat badan. 

2. Puasa juga membantu sistem pencernaan untuk  penghadaman lebih sempurna dengan memberi kerehatan kepada sistem pencernaan semasa kita berpuasa. 

3. Kajian juga mendapati puasa boleh membantu mengawal tekanan atau stress yang tinggi dengan memberi ketenangan psikologi dan bersabar. Dengan memfokuskan kepada ibadah dan juga memperbanyakkan membaca Al Quran maka kadar stres dan tekanan akan menurun. Stres yang tinggi dan tidak terkawal adalah punca kepada pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kemurungan dan sebagainya. 

Dengan datangnya Ramadhan ini, seharusnya kadar stres kita akan menurun dan memberikan impak positif kepada kesihatan kita secara umumnya.

4. Berpuasa juga didapati boleh membantu mengawal masalah kolesterol  berlebihan. Kajian oleh pakar jantung di Timur Tengah mendapati semasa bulan Ramadhan, paras kolesterol dalam darah menjadi lebih baik dengan peningkatan paras kolesterol baik HDL dan penurunan paras kolesterol LDL. Ini memberikan kesan positif kepada kesihatan jantung.

Jadi jangan mensia2kan Ramadan untuk beribadat dan kekal sihat

Kredit : Dr Zubaidi