Assalamualaikum wbt,

Sebenarnya cara merawat wajah tidak susah, hanya tergantung bagaimana cara kita merawatnya dan membersihkannya. Perawatan wajah masa kini lebih banyak berunsurkan kimia. Ramai yang kurang peka dengan penjagaan secara semulajadi kerana bagi mereka, tiada masa untuk melakukan semua ini. 

Tahukah anda, cara mudah yang paling simple dan senang untuk kita amalkan. Ia sesuai pada perempuan dan lelaki.




    1. Sebelum menyentuh kulit wajah, sebaiknya cucilah tangan terlebih dahulu dengan air bersih agar bebas dari kuman dan bakteria.
    2. Sebaiknya biasakanlah membersihkan wajah dengan pembersih dan penyegar yang sesuai dengan jenis kulit sahabat, setiap pagi dan malam, atau setiap kali keluar dari rumah.
    3. Rajinlah mencuci muka setiap hari kerana kulit wajah terasa kering atau saat pulang dari bekerja.
    4. Selalu pakai pelembab wajah setiap kali beraktiviti diluar rumah, agat kulit wajah tetap terjaga dan terbebas dari sinar ultraviolet (UV) yang dapat menyebabkan tompok hitam.
    5. Sebaiknya luangkanlah waktu sekitar 2-3 minit setiap malam, untuk memicit kulit wajah setiap  kalisebelum tidur. Hal ini dilakukan agar menghilangkan letih pada wajah dan memberikan warna kulit agar tetap sehat dan cerah.
    6. Biasakanlah menggunakan masker wajah sekurangnya 2 kali dalam 1 minggu, agar kotoran yang menempel pada wajah akan terbuang dan wajah akan menjadi lebih bersih dan segar.
    7. Perbanyaklah meminum air putih setiap hari, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari agar kulit wajah tetap terlihat cerah dan segar.
    8. Makanlah Vitamin E setiap hari untuk menjaga kesehatan kulit dari dalam.
    9. Lakukan senaman ringan, agar kulit tetap kencang dan tubuh pun akan terhindar dari berbagai penyakit.
    Mudahkan untuk menjaga wajah? Jadi, apa lagi. Amalkan setiap hari supaya kulit anda sentiasa segar dan berseri.