Monday, 5 September 2016

Vitamin C Shaklee Pilihan Hatiku

Assalamualaikum wbt,

Malam ni kita nak mengarang kenapa terjatuh hati kat "Vitamin C shaklee". Padahal belambak vitamin C kat luar sana. Hihi

Secara jujurnya wawa pernah makan vitamin c, dari klinik atau pun farmasi dan juga supplemen lain. Ada yang 1000mg, ada yang 1500mg. Jika kita makan setiap hari, kulit kita akan putih seputihnya. Pernah wawa lihat kulit kawan wawa yang jadi pelik, putihnya macam nampak urat2 dalam kulit. Selepas Itu, wawa makan sebotol dah stop. Sebab tak de feel pun nak makan lama-lama, takut ada la.😄


Berbeza dengan vitamin c shaklee. Pertama kali wawa cuba, oh rasanya sangat berbeza. Best sangat, rasanya sedikit masam tidak mengganggu selera wawa malah ia rasa lain dari yang lain. Rasa macam makan buah orange.😊

Ye la, sebiji vitamin c shaklee umpama kita makan 7 biji setengah buah orange. Mempunyai 500mg vitamin c dalam setiap tablet. Apa yang buat wawa jatuh hati dengan vitamin c shaklee?

Sebab ia berfungsi secara berperingkat-peringkat iaitu SUSTAINED RELEASE. Sepertimana yang kita tahu, badan kita hanya dapat menerima 100-200mg sahaja setiap masa. Jika kita makan vitamin c yang melebihi apa yang kita perlu, vitamin c tadi akan keluar melalui air kencing dan juga peluh. Tidakkah ia suatu pembaziran? Berbeza dengan vitamin c shaklee, sebiji vitamin c dapat bertahan sehingga 5 jam di dalam tubuh kita. Jadi, ia tidak membazir sedikit pun.😊

Selain itu, harganya yang murah menjadikan salah satu supplemen wajib wawa ambil setiap hari. Wawa hanya membayar dengan harga 50 sen sahaja sebiji. Murah ke murah? 

Tambahan pula, vitamin c shaklee membantu tingkatkan imuniti badan wawa. Jika dulu wawa sering saja demam, paling kurang 1 bulan sekali dan setiap kali demam berlanjutan seminggu dan diteruskan dengan batuk melebihi sebulan. Belum pun sempat hilang batuk, demam datang lagi. Begitulah betapa rendahnya tahap imuniti wawa.

Alhamdulillah, selepas lebih 1 tahun wawa amal makan vitamin c shaklee imuniti wawa semakin baik. Tiada lagi demam-demam dan batuk. Jika ada pun 6 bulan sekali. 

Jika dulu jerawat tumbuh melata pada kulit wajah, kini jarang sekali jerawat tumbuh. Alhamdulillah, syukur Allah temukan wawa dengan Vitamin C shaklee yang terbaik.😊

Terima kasih sahabat, temukan wawa dengan produk shaklee yang organik dan semulajadi.




1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Perbandingannya sebiji sama dgn 7.5 biji orange hebat betul kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...