Assalamualaikum wbt,


Ramai wanita masa kini mencari solusi untuk kelihatan dan kekal cantik. Dengan pelbagai produk yang membanjiri pasaran masa kini, menambahkan lagi keinginan para wanita untuk tampil cantik dengan segera dan selamat.

Kenapa kita ingin cantik? Semua jawapan ada dalam diri kita, tiada paksaan daripada sesiapa pun kerana kecantikan adalah hak semua wanita. Setuju ke setuju?

Bagaimana untuk pastikan kecantikan dalaman dan luaran seimbang bagi seorang wanita? Ia perlukan 4 Elemen Nutrien penting dalam kehidupan seharian.



1. Protein untuk Membina Kulit yang Sihat

Badan dihasilkan dari protein dan dengan itu, untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh anda untuk n fungsi kulit yang optimum.
  • Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  • Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  • Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

2. Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C

Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan anda tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  • Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  • Membantu dalam penyembuhan luka.
  • Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.

3. Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen

Kolagen adalah struktur penting untuk kulit anda. Ia mengekalkan keanjalan kulit anda dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan anda boleh menghasilkannya sendiri.
Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan anda kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;
  • Kulit yang lebih anjal.
  • Mengurangkan kedutan.
  • Kulit yang lebih lembut, lebih padat.
  • Mengurangkan parut.

4. Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA

Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:
  • Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Melawan keradangan.
Lindungi kulit anda dari sinaran UV
  • Kuatkan perlindungan terhadap sinaran UV dengan meningkatkan pengambilan karotenoid harian anda. Karotenoid bermanfaat dalam melindungi sel-sel kulit yang sihat daripada kerosakan sinaran matahari. 6Ia juga dikenali sebagai ‘Pelindung Matahari Dalaman' anda.
  • Tingkatkan perlindungan anti-keradangan dari omega-6 (GLA) dengan melengkapinya bersama vitamin C.


Info & order :

http://kakwawa.wasap.my

If nak direct order dari website shaklee pun boleh, klik je photo kat bawah ni ye. Terus boleh shopping..")