Assalamualaikum wbt,

Salam Maal Hijrah 1439H buat semua sahabat wawa di blog maya ini. Buku baru dan azam baru, semoga Allah permudahkanlah segala urusan dan makbulkanlag segala impian kami Ya Allah.

Sempena buku baru ni, hiasilah ia dengan ketaqwaan kepada Allah swt. Pastikan ia putih bersih tanpa kotoran dari dosa sendiri.



Semalam dah bacakan doa akhir tahun dan awal tahun. Wawa nak attach juga sini untuk jadikan rujukan pada masa akan datang. 

Waktu bila nak baca ni? Disarankan baca doa akhir tahun ni waktu selepas solat asar sebelum masuk hari tahun baru. Contoh untuk tahun ini, tahun baru 1 Muharram jatuh pada 22hb September 2017. Jadi, kita baca doa pada waktu asar 21hb september 2017.



Bila nak baca doa awal tahun? Baca pada waktu maghrib 21hb September 2017. Sebab ikut kalendar islam, waktu maghrib dah masuk hari baru kan. So, 1 Muharram bermula waktu maghrib pada 21 September 2017. 


Salam Maal Hijrah semua!😊