Monday, 25 August 2014

Ku Sangka Dah Ada

Assalamualaikum wbt,

Sejak dua minggu ni, wawa pening-pening lalat. Rasa sedikit loya, kepala macam sakit. Perkara yang tak pernah berlaku pun. Nak pergi check up doktor, masih terlalu awal. Dalam kepala wawa, mungkinkah saya sedang pregnant? Ramai yang mengatakan demikian. Wawa juga sering menjawab, saya sedang pregnant anak kembar!=)

Rupanya sangkaan kami meleset! Pening-pening itu, cuma emosi wawa mungkin. Allah belum izinkan kami, sikit masa lagi InsyaAllah, Allah bagi zuriat yang baik lagi soleh dan solehah pada kami. Sepanjang tempoh pening-pening tu, rakan-rakan ofis amat menjaga pemakanan saya. Ohh, sungguh terharu. Kata mereka, untuk baru-baru ni, kamu kena jaga pemakanan. Tak boleh makan nanas, tapai, yang sejuk-sejuk. Apa lagi ye? Wawa dah lupa..hehe

Tambah plak, bulan lepas wawa kerap demam. Orang kata bila selalu demam kemungkinan nak dapat baby. Wallahualam,  sesungguhnya semua diatas ketentuan Allah swt.

Alhamdulillah, sejak beberapa hari yang lalu urusan kami suami isteri dipermudahkan Allah swt.Allah murahkan rezeki kami. Allahummafirlahum..

Jemput rezeki dengan istighfar 1000x jom.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...