Search This Blog

Tuesday, 18 November 2014

Cabut Gigi Tak Sakit, Lepas Cabut Baru Sakit

Assalamualaikum wbt,

Semalam, lepas maghrib Wawa duk mengadap lappy sambil fikir nak masak apa malam ni.. Tetiba en suami panggil, kata nak cabut gigi.. Nak pergi tak? Erkk, hari ni ke? Gigi tak sakit pun..

Haa, pergi malam ni laa siap cepat. Isyak jam berapa? Jam 8.05 malam, wawa jawab. Kita tunggu isyak dulu laa. Ok.. 

Lepas isyak gerak keluar, jam dah 8.45 malam. Nak gi klinik mana ni? Tanya suami. Kita pergi je la mana-mana pun asalkan tak sakit. Ok laa, kita pergi Dungun, kat klinik i pergi hari tu.

Jam 9.10 malam, kami sampai kat klinik gigi Norlela. Wahh, boleh tahan klinik ni tersusun cantik, doktor pun comey, lembut je.. hehe.. Kebetulan time kami pergi tak ade orang, sebab sebelum tu dah LUA dengan suami bila kita sampai sana InsyaAllah tak de orang. Alhamdulillah, memang kami je yang ada, biasa penuh gak kata suami.

Lepas wawa register, doktor panggil masuk. Wahh, sejuk bilik tu, masa kecil asal masuk bilik untuk cek gigi mesti gigil. Malam tadi, wawa cool & rilek aje, Doktor mula dengan tampung @ tampal gigi, katanya gigi wawa tak berlubang pun tempat yang nak tampung/tampal tu. Memang tak ada doktor, cuma bila wawa makan ada sisa melekat kat celah gigi, bila lama-lama rasa makin ade lubang je kat celah tu. Lepas dia tengok betul-betul, ada lah sikit. Lepas tampung/tampal, sambung pula dengan cuci. Tak sakit pun dia buat, cuma ada sikit-sikit rasa ngilu. Lepas cuci, kasi cabut plak gigi wawa.. Dalam kepala fikir yang indah-indah je, sebab takut sakitkan. Kita fikirkan hal yang seronok..Alhamdulillah, tak sakit doktor ni buat.

Gigi geraham yang second hujung, rasa sayang plak nak cabut. Sebenarnya macam tak ready lagi untuk dicabut, tapi suami wawa suruh cabut jugak. Gigi geraham tu wawa dah tampung masa sekolah rendah lagi, memang dah lama sangat la. Dua minggu lepas, kesan tampung tu tercabut sikit dan bila kita makan, sisa-sisa makanan masuk situ. Kita kena korek untuk buang selalu. minggu lepas, ada rasa sakit-sakit sikit tu pun jarang-jarang je dia datang. Bila bagitau suami, dia suggest suruh cabut. Haa, malam tadi selamat laa gigi tu dari gusi wawa. Boleh tahan 3 @ 4 kali kena cucuk, belum rasa kebas doktor dah mula nak cabut. Rasa sengal sikit, tapi sekejap je lepas tu dah tak rasa pape. lepas cabut, rasa bibir & mulut menebal semacam.

Yang bestnya doktor ni, memang cermat buat kerja. Wawa pernah pergi klinik lain tahun lepas, doktor buat cincai-cincai je. Kerak-kerak gigi pun tak hilang semua..Cuci kali ni puas hati laa, comel jadi gig kita bersih je sebab kerak-kerak dah takde,,hehe..Klinik dulu wawa pergi kena dalam

Anda yang nak dapatkan perkhidmatan pergigian yang berada di kawasan paka, kerteh dan dungun wawa sangat-sangat recommend korang untuk pergi klinik ni..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...