Thursday, 27 August 2015

Food Review : Salt Water Kopitiam Kerteh

Assalamualaikum wbt,

Tengah hari semalam wawa bersama team memilih Salt Water tempat untuk lunch. Sebenarnya wawa belum pernah datang pun ke sini, biasanya port makan wawa Cafilla Cafe, Nasi Ayam Za, Kedai Negeri Sembilan Paka. Hanya beberpa kedai saja yang wawa dan kawan-kawan suka makan lunch. 

Semalam, rezeki kami sangat murah sebab ada sorang nak belanja. Jadi, kesini mereka bawak wawa.. hihi.. Maklum lah wawa tak biasa sangat makan restoran yang nama kopitiam, starbuck, fat boy dan banyak lagi restoran yang nama ala-ala moden. 

Alhamdulillah, Salt Water ni pekerjanya semua melayu dan pakai tudung jadi tak ada laa jakun sangat wawa nak makan.. haha..


Oppss, kata nak review makanan kan. Ok, wawa cuma order yang spagheti sebab dah lama sangat mengidam nak makan, nak buat ada penyakit M. 

Service sangat bagus, order kiteorang tak perlu tunggu lama pun. sekadar lima ke sepuluh minit sambil-sambil bersembang dan ambil gambar. Tup tup makanan dah sampai. Untuk pengetahuan, kami just pergi walk in sahaja tak ada booking pun. Compare dengan Cafilla Cafe service kurang bagus sebab terpaksa menunggu agak lama walaupun kita dah order siap-siap.

Spaghetti Bolognese with Meat Ball
(RM8.50)

Dibawah ni adalah menu lain yang kawan-kawan wawa pesan. Range harga dalam RM4 - RM10


Amat berpatutan dan sedap. Kalau korang datang ke Kerteh boleh la singgah sini, Saltwater ada Lunch and Dinner. Wawa hanya suka makan spagheti dan tomyam, toyam sini pedas tau. Kalau nak order boleh mintak kurangkan pedas, kalau tak mahu berapi dada dan perut korang..hihi

ALhamdulillah, kenyang dapat makan rezeki orang belanja..")

1 comment:

ENA said...

wawa..boleh la geng..selera kita sama la;)

Search This Blog

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...