Search This Blog

Tuesday, 18 August 2015

Tips Elak Blog Kena Hack

Assalmualaikum wbt,

Hackers, siapa kenal hackers? Sure kita tak kenal kan, kalau tak sure kita bagi pelepuk sekali.. hehe. Pagi tadi, ada kawan sideline wawa bagitahu blognya kena hack. Segala entry yang di post sebelum ni semua hilang. 

Tetiba wawa teringat, satu ketika dulu wawa juga pernah kena. Bila login id blog, tetiba keluar page blog wawa kena hack. Yang bagusnya, si hackers tu letak laa jugak maklumat email dia untuk kita contact suruh betul kan balik. Alhamdulillah, dalam 24 jam juga untuk back to OK dengan bantuan sahabat-sahabat blogger yang lain.

Fenomena hackers ni dah lama wujud dan apa motif dieorang, wawa pun tak tahu. Maybe salah satu cara untuk tunjukkan skill mereka dalam dunia IT. Ada tak cara untuk mengelakkan blog kita di hack? InsyaAllah ada, jom ikuti bacaan selanjutnya dibawah..hihi

Di bawah ni, wawa kongsikan tips bagaimana untuk elak blog dari di ceroboh hackers.

1. TUKAR KEPADA STRONG PASSWORD
- pastikan password email korang panjang.
- masukkan sekali huruf besar dan huruf kecik.
- masukkan nombor dan simbol.
- jangan masukkan nama atau maklumat orang mudah nak teka.
  • Contoh password yang lemah : nick1234
  • Contoh password yang kuat : nickbencioranghackedblog2018*9
2. SELALU TUKAR PASSWORD
Walaupun korang dah ubah password tu kepada password yang kuat, tapi ada jugak hacker yang boleh hack blog korang kalau diberikan masa yang cukup. So, selalu la tukar password korang, sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

3. PILIH TWO-STEP VERIFICATION
Two-step verification ni tambahan keselamatan kepada akaun email korang. So, bila korang sign up untuk masukkan email dan password, korang akan dibawa ke satu lagi laman di mana korang kena masukkan kod yang dihantar ke handphone korang. Kalau ada orang nak hack blog korang, hacker tu perlu ada password dengan handphone korang sekali.


4. BUAT BACKUP BLOGSPOT
Kalau boleh buat backup ni setiap minggu, bergantung pada kekerapan korang update blog. Ada 5 cara korang boleh backup blog. Korang boleh guna Feed, Export Blog, Window Live Writer dan Httrack. Tapi yang ni aku nak share pasal backup blog dengan export function je. Sebelum blog korang kena hack, (mintak la dijauhkan) elok la download dan save blog korang dalam bentuk *.xml ke laptop korang sebagai backup. Sebab bila dah dihack, password blog korang akan ditukar dan korang dah tak boleh nak login. Caranya : 

  
Semoga bermanfaat..")

13 comments:

ena said...

Tq wawa..point last skali tu just klik donwload blog ye

Nurul Syahida said...

Tq wawa..info yang sangat bermanfaat..:)

Tengku Sofia said...

Terima kasih atas perkongsian.

Diana Rashid said...

pernah ada pengalaman buruk masa blog kena hack masa tahun kedua buat blog..habis semua entry si hacker edit jadi entry lucah..siap dengan gambar nya..tapi yang bagus nya si hacker tak ubah apa2 pasword dan email blog..jadi dapat la kembali saya edit entry2 tu kepada asal..tak delete entry2 tu sebab dia edit pun sikit2 je..jadi kita edit balik je..

Mahfuzah Abd Salam said...

Ingatkan fb je boleh kena hack.

Puteri Wanita said...

tak ada keje beno hackers ni kan ;)... nice info

Malinda Ismail said...

Macam2 la diorng ni menyalahgunakan kepakaran...kalau dia hack blog akak nescaya akan akak sumpah dia jadi cicak mengarung

Maisarah Humaira said...

wah..bagus ni..langkah berjaga-jaga yg patut kita ambil tahu

Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

Noor Afifah said...

Patutlah selama ni dia ada indicator password kita ya, kuat ke lemah ke, tq Wawa, a nice sharing, banyak benda baru tahu.

Puan Wawa said...

Ye ena..nanti senang utk kte dpt blk theme blog semua..

Farrah MF said...

Info yg bermanfaat ni. Thanks ye wawa :)

Mummydearie said...

Belum pernah kena hack tapi terus-terang, perkara macam ni memang tak bijak mana pun. Kalaulah kena hack (minta dijauhkan) memang terduduklah jawabnya. Thanks sebab berkongsi info. Lepas ni nak export bloglah!

Riana LittleCuties said...

Wow....sgt membantu buat saya yg new nie.... TQ ye Puan Wawa...hihihi ;) kte sukee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...