Search This Blog

Friday, 11 September 2015

Perbezaan WordPress dan Blogspot

Assalamualaikum wbt,

Rasa macam nak share perbezaan Wordpress dan Blogspot. Mana satu pilihan hati. Pada wawa lebih prefer Blogspot sebab ia lebih user friendly. Tapi kalau nak nampak ekslusif dan macho, boleh pilih wordpress..hihi




Perbezaan WordPress dan Blogspot

WordPress dan Blogspot adalah dua platform blogging atau laman web yang utama di kalangan pengguna internet. WordPress yang dirujuk di dalam artikel ini adalah WordPress.org dan bukannya WordPress.com, walaupun kedua-duanya diusahakan oleh sebuah syarikat yang sama. Hakikatnya, WordPress.com adalah mirip kepada Blogspot, dengan kurang ciri-ciri berbanding Blogspot. Oleh itu, artikel ini cuma merujuk kepada WordPress.org dan Blogspot.

Sekiranya anda masih belum jelas untuk memilih yang mana satu untuk perniagaan internet anda, artikel ini mungkin boleh membantu anda membuat penilaian. Ia menerangkan kelebihan dan kekurangan menggunakan setiap satu platform ini, dalam konteks seseorang usahawan internet.

Kelebihan menggunakan WordPress

1. Perisian WordPress adalah percuma – anda boleh memuat turun WordPress secara percuma dan memasukkan kandungan laman web anda. Anda cuma perlu bayar hosting dan nama domain untuk menggunakannya.

2. Tema dan penampilan boleh dipinda – WordPress disukai kerana ia mampunyai banyak ciri-ciri dan pilihan untuk meminda tema dan penampilan sesebuah laman web. Ia boleh dijadikan blog yang dikemaskini dari semasa ke semasa atau sesuatu laman web statik. Pilihan di tangan anda!

3. Banyak syarikat hosting menawarkan pemasangan dengan satu klik – sekiranya anda mendapatkan perkhidmatan hosting daripada beberapa syarikat tertentu, anda boleh memasang laman web WordPress anda dengan hanya satu klik, dan tidak perlu runsing mengenai proses dan langkah-langkah yang rumit.

4. Ratusan plugin untuk digunakan – terdapat banyak plugin atau perisian tambahan yang boleh digunakan di dalam laman web WordPress, dan kelebihan ini sudah tentu penting bagi seseorang usahawan internet untuk mempelbagaikan kandungan di dalam laman web beliau.

5. Ratusan tema percuma untuk ada pilih – terdapat ratusan tema percuma untuk dipilih bagi laman web WordPress, sekiranya anda tidak ingin melaburkan wang untuk membeli tema premium. Pilihan tema percuma juga sebenarnya mencapai jumlah ratusan untuk anda pilih.

Kekurangan menggunakan WordPress

1. Anda perlu tanggung kos hosting dan nama domain – anda tidak dapat menggunakan WordPress sekiranya anda tidak melanggan hosting dan membeli nama domain.

2. Versi kerap dikemaskini – versi baru kerap dikemaskini dan ini menyebabkan anda terpaksa kerap memuat turun versi WordPress yang terbaru dan mengemaskini pemasangan laman web anda.

3. Plugin diuruskan oleh pihak ketiga – kebanyakan plugin di dalam WordPress disedia dan diuruskan oleh pihak ketiga, dan bukannya pihak WordPress sendiri. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu mengemukakan masalah tersebut kepada pihak ketiga tadi.

Kelebihan menggunakan Blogspot

1. Ia percuma – anda tidak perlu mengeluarkan pelaburan walau sesen untuk mula menggunakan platform Blogspot.

2. Mudah digunakan – Blogspot mempunyai penampilan yang mesra pengguna, dan ini adalah antara ciri-ciri utama ramai pengguna menggunakan Blogspot berbanding Blogspot. Anda tidak perlu fikirkan untuk menetapkan tema atau penampilan laman web kerana semuanya sudah tersedia untuk anda.

3. Nama domain dan hosting percuma – hosting Blogspot adalah percuma, dan anda mendapat nama domain yang berkongsi dengan Blogspot seperti lamanwebanda.blogspot.com

4. Hosting gambar percuma sebanyak 1GB – anda tidak perlu risau mengenai kos hosting tambahan kerana Blogspot menyediakan hosting gambar secara percuma sehingga had 1GB melalui platform Picasa

5. SEO yang baik, kerana ia milik Google – Blogspot mempunyai strategi optimasi enjin carian (SEO) yang baik di enjin carian Google kerana ia dimiliki oleh Google sendiri, dan Google lebih mudah menyenaraikan posting di laman web Blogspot sebaik sahaja posting itu disiarkan.

Kekurangan menggunakan Blogspot

1. Tiada banyak pilihan untuk meminda tema dan penampilan – banyak blog dan laman web menggunakan platform Blogspot mempunyai persamaan tema dan penampilan, kerana sistem Blogspot itu sendiri tidak menyediakan banyak pilihan untuk meminda tema dan penampilan laman web anda.

2. Anda berkongsi nama domain dengan Blogspot – dan ini merupakan kekurangan yang ketara bagi Blogspot, melainkan anda melaburkan sejumlah wang sebanyak $10 untuk membeli nama domain dan menekap (mapping) nama domain tersebut ke atas nama domain Blogspot anda.

Jadi, kesimpulannya…


Anda perlu nilai semula apakah keperluan laman web atau blog yang anda inginkan untuk perniagaan internet anda. Sekiranya anda ingin sesuatu yang mudah, dan pada masa yang sama anda tiada masalah dengan tema dan penampilan yang minimal, maka anda bolehlah memilih platform Blogspot. Namun sekiranya anda serius untuk menampilkan laman web atau blog anda dengan tema yang profesional dengan ciri-ciri penampilan yang mantap, pada masa yang sama mempunyai bajet yang lebih untuk membina sesebuah laman web, anda digalakkan untuk memilih platform WordPress. Ia lebih bersesuaian untuk sesebuah perniagaan internet dalam jangka masa panjang.

Petikan Sumber.

6 comments:

Allene typicalmommy said...

rasanya blog lg mudah kan...

Maria Firdz said...

Nice sharing...

paridah said...

boleh pilih platform hosting yg diperlukan dgn tujuannya ya wawa...tq infonya baru tau

PeRdU cINta said...

Mantap..terima kasih..jelas..

Zie Has said...

prefer blogspot ... kalau wordpress nak kena godek lama-lama baru pandai guna :p

Farrah MF said...

Theme utk wordpress memang byk yg cantik2. Tapi akak prefer blogspot sebab lebih mudah nak guna :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...