Search This Blog

Sunday, 1 November 2015

7 Fakta Nutrisi Buah Delima

Assalamualaikum wbt,

Pagi ni wawa dapat buah Delima. Buah feveret wawa dengan hubby ni. Beli empat biji boleh habiskan dalam masa 1 atau 2 hari je. hihi.. Suka sangat kan, makan tak hengat sambil mengadap TV.

Korang nak tahu tak, apa nutrisi yang ada dalam buah delima? Delima pun ada Vitamin C tau..")
Jom, baca sehingga habis..")

7 Fakta Nutrisi Buah Delima

Berikut adalah beberapa senarai nutrisi yang terdapat dalam buah delima:
  • Buah delima sangat baik kepada kesihatan kerana ia mempunyai kandungan anti oksida yang lebih tinggi daripada beri asai (acai berry) ataupun teh hijau.
  • Buah delima mempunyai kadar Vitamin C yang tinggi, dalam 100ml mengadungi 16 peratus kadar keperluan harian seseorang.
  • Selain itu, buah delima juga mempunyai kadar Vitamin K yang tinggi, dimana boleh membantu kesihatan tulang. Tambahan lagi, buah delima mengandungi Vitamin B yang mana boleh membantu badan memproses protein, karbohidrat dan lemak.
  • Buah delima mengandungi manganese untuk membantu perbentukan struktur tulang semasa proses metabolik dan potasium yang boleh mengkalkan fungsi selular dan mengawal kadar bendalir dalam badan.
  • Buah ini juga mengandungi kadar fosforus, magnesium, kalsium, zink dan zat besi yang tinggi. Manakala, kandungan lemak dan kolestrol dalam buah ini sangat sedikit.
  • Buah ini hanya mempunyai 130-150 kalori, yang mana 105 kalori tersebut daripada biji (kita kebiasaannya tak makan biji tersebut).
  • Biji tersebut mempunyai kadar kalori sedemikian kerana mengadungi minyak tidak tepu, gula dan karbohidrat. Pada masa yang sama, biji tersebut mengandungi serat dan protein.

6 comments:

paridah said...

MERAH MERAH BUAH DELIMA SEDAPNYA...

Fifi Fizah said...

sedap..suka sangat..! fizah tag puan wawa join segmen
http://fififizahresepi.blogspot.my/2015/11/segmen-join-bloglist-ain-bulan-nov-dis.html

Mardiah Diana said...

Salam singgah hujung minggu wawa...buah delima memang bnyk khasiatnya...

Syahidah Fadilah said...

yeah, my favorite jgk, hehe

Fiefi Ira said...

Sedap pulak tengok merah-merah isi delima tu..:)

Zie Has said...

terliur tengok gambar delima tu :)~ ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...