Search This Blog

Sunday, 3 January 2016

Kalendar Planning Gadget Terbaik

Assalamualaikum wbt,

Hai semua, apa khabar sahabat wawa? Wawa doakan kalian dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah serta dipermudahkan segala urusan.

Maafkan wawa jika penggunaan kata ganti "gadjet" itu salah, sebab wawa lupa perkataan yang sesuai. Hehe



Dulu, wawa pelik bila ada orang bagi kalendar. Untuk apa kalendar tu, ambil letak di dinding dan akhir tahun kalendar tu tak bertanda pun. Serius, wawa jarang sangat refer kalendar. Cuti sekolah, bila adik ada kat rumah, cuti laa tu. Bila abang dan kakak-kakak balik kampung, cutilah tu. Wawa tak tahu apa fungsi sebenar kalendar.

Allah, teruk kan. Tapi itulah hakikat wawa yang dulu, bila tahun baru masuk, tulis target tapi tak tahu capai ke tidak..haha.. Korang ada tak macam ni? 

Alhamdulillah, sejak wawa join bisness shaklee segalanya berubah. Dan tahun ini super duper buat wawa berubah tentang kalendar. Betapa wawa rasa kalendar itu penting salah satunya adalah, wawa punya planning untuk bercuti. Hehe.. So, kenalah tengok kalendar waktu bila cuti panjang, tak perlu nak unpaid leave.. 

Tambahan pula, kini wawa punyai TARGET SERIUS pada tahun 2016 ini. Dimana wawa sudah senaraikan TARGET dan IMPIAN 2016 wawa. Setiap impian dan target tersebut sudah ditetapkan tarikh. Doakan wawa semoga Allah permudahkan TARGET dan planning wawa tahun ini.

Pentingnya kalendar dalam meneruskan target kita supaya kita berada dalam landasan waktu untuk kita capai. Orang kata tak adalah terlari planning. Betul ke betul? 

Korang pula bagaimana? Perlukah dengan kalendar?")

2 comments:

Syahidah Fadilah said...

sy pn jarang refer kalendar, hihi

Siti Yang Menaip said...

tengok kalender bila lupa tarikh ja..
planner apa lagi ? ngeh3..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...