Wednesday, 20 January 2016

Projek Wakaf Telekung

Bismillah.

Assalamu'alaikum jutawan sekalian.
Semoga terus kaya dan berjaya.

Alhamdulillah, dikesempatan yang ada sukacita wawa war-warkan  perkara baik ini untuk kalian tambah saham akhirat. Ini adalah inisiatif kami sekumpulan sahabat dari sekolah hingga kini berbesar hati mewujudkan program amal. 

Mohon sahabat jutawan untuk support wawa & the gang.. 😊

Maaf, ia agak panjang namun berbaloi untuk jutawan cantik dan kacak habiskan pembacaan.

-----



Assalamualaikum semua

Program Wakaf Telekung adalah program inisiatif KJ 1986 Buddies. Program ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan Telekung sebagai salah satu bentuk wakaf bagi manfaat masyarakat umum.

Bagi memudahkan proses wakaf Telekung ini, KJ 1986 Buddies melalui laman Facebook kami (Puan Wawa Biz, Fifa Haziq, Seri Dewi) akan memproses pembelian Telekung daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar telekung yang diwakafkan itu kepada mana-mana Masjid atau Surau yang dipilih oleh pewakaf.

Dengan nilai RM30, kini rakyat Malaysia berpeluang mewakafkan Telekung melalui Program Wakaf Telekung Amirul. Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membantu menukar Telekung lama yang jarang, pendek dan lusuh kepada yang baru. serta solat dengan lebih yakin dan sempurna. 

Semoga program wakaf Telekung ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana telekung yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Insya Allah.

Bagi yang berminat untuk mewakafkan telekung terpakai, boleh juga serahkan kepada kami wakil di area yang tertera.

KJ & Paka - Puan Wan Rokiah (019 996 6576)
KJ & Kemaman - Cik Wan Nor Aini (011-19804592)
Kerteh - Puan Hafifah (016-9307550)

.

Terima kasih dari pihak wawa dan team. 😊

#wawabiz
#wawashakleelife
#wawajualahaklee
#vitaminwawa2u
#gslatun

3 comments:

Sheila Adziz said...

terima kasih wawa perkongsian yg baik... :)

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Eintan Nurfuzie said...

pernah dengar juga projek ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...