Search This Blog

Wednesday, 3 February 2016

Tips Bisnes : 7 Cabaran Terbesar Untuk Usahawan Baru

Assalamualaikum wbt,

Wawa petik nota Fazreen, amat sesuai untuk sahabat-sahabat alam maya wawa jadikan sebagai panduan. 



7 Cabaran Terbesar Untuk Usahawan Baru

Usahawan yang sudah berpengalaman ada cabarannya tersendiri. Nak kena naikkan brand, nak kena berlumba-lumba dengan player lain dan paling penting untuk buat keuntungan demi memastikan survival bisnes. Cabaran ni setiap masa ada tidak kira berapa tahun pun mereka dalam bisnes. 

Tapi untuk usahawan baru mereka tidak faham dan pada fasa awal mereka ada cabaran tersendiri. Bukan mudah untuk kekal dan naik ke level seterusnya tapi boleh jadi senang sekiranya anda boleh tackle cabaran-cabaran di bawah.

1. Perlu korbankan kerja 9 pagi - 5 petang.

Almost impossible untuk usahawan baru membuat dua kerja sekiranya dia telah tekad untuk fokus dan dedicate dirinya membina satu perniagaan sehingga berjaya. Boleh kalau nak ada pekerjaan tetap dan menjalankan bisnes pada waktu malam dan hujung minggu. Tapi kalau anda nak lihat bisnes anda growth dengan baik anda perlu korbankan karier semasa anda.

Bukan satu perkara mudah untuk tinggalkan sesuatu yang terjamin demi mengejar sesuatu yang tak pasti. Orang bisnes panggil ia perkara menakutkan. Apa yang perlu anda lakukan ialah fikir secara logik dan ikut instincts. Seronok dan nikmat bila tak ada duit untuk makan.

2. Kewangan

Kerja nak cari fund untuk bisnes baru bukan kerja senang, usahawan berpengalaman pun struggle. Tapi mereka ada beberapa kelebihan yang usahawan baru tak ada. Mereka mungkin sudah ada duit modal sikit hasil daripada bisnes sebelumnya atau mungkin dari revenue stream lain yang mereka telah bangunkan.

Kalau mereka ada masalah sekalipun, mereka masih ada ‘connections’ yang mungkin boleh memberikan pelaburan atau existing clients yang beri mereka job awal. Boleh lah mereka gunakan duit dari job awal itu untuk startup bisnes baru.

Sebagai usahawan baru, memang anda perlu bina networking gila-gila, berkawan dengan ramai orang bisnes sebelum anda dapat position kan diri sebagai orang bisnes yang dipercayai. Orang kata ada integriti.

3. Membina tim

Bagi yang bercita cita untuk buat bisnes secara solo mungkin tak perlu cabaran ini. Tapi, percayalah, sesolo anda pun anda perlukan seorang dua untuk bantu menjalankan bisnes anda. 

Cabaran ni akan jadi susah kalau anda tidak pernah urus mana mana tim semasa anda bekerja dulu. Kalau ada pun, masih akan susah kerana untuk memilih founding tim startup memang susah. Anda boleh stress. Masa kerja dulu semua dah disediakan. Anda cuma pilih saja.

Bukan setakat perlu cari calon untuk tim startup tapi anda perlu ambil kira kos hire mereka, apakah budaya mereka sesuai dengan bisnes yang anda sedang bangunkan dan bagaimana mereka bekerja sebagai ‘all round’ staff.

4. Menjadi seorang yang ada visi.

Sebagai founder anda perlu ada visi, ada idea, plan A. Bila pesaing muncul, anda perlu come out dengan plan B. Bila tim anda ada masalah anda perlu ada plan C untuk bergerak ke hadapan. Orang panggil ‘on-the-spot creative thinking’. 

Masa kerja, bila bos minta idea mungkin anda boleh minta seminggu untuk fikirkan. Sekarang, anda perlu on the spot. Lambat, memang kena tinggal.

5. Hidup dalam dunia yang tak pasti

Berapa lama bisnes anda akan wujud? Berapa banyakah bisnes anda boleh keuntungan? Apakah pelanggan akan suka produk anda? Apakah anda mampu membayar gaji sendiri? Tak ada satu pun jawapan solid untuk soalan-soalan di atas.

6. Pembuat undang-undang

Orang bukan bisnes nampak seronok menjadi usahawan, menjadi bos. Seronok memang seronok tapi sampai satu tahap anda perlu buat rule untuk bisnes anda ikut. Ini termasuklah, waktu bekerja, cuti tahunan berapa hari, bagaimana membuat tuntutan dan lain lain. Rule atau SOP inilah yang akan mengawal bisnes anda dan ia bukan satu perkara yang seronok dan menarik untuk difikirkan apatah lagi nak buat.

7. Pembuat keputusan

Jadi usahawan ni kena buat banyak keputusan setiap hari. Keputusan yang betul akan membawa duit, keputusan yang salah akan buat anda hilang duit. Perempuan, nak buat keputusan beli baju pun stress, inikan usahawan buat keputusan untuk kelangsungan bisnes dan seterusnya untuk hidup.

- Nota Fazreen

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great entry

MG schmidt said...

nice tip sharing :)



JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

Kakzakie Purvit said...

Kalau mampu b uat yg baik pasti akan dpt yg baik juga:)

paridah said...

bukan senang juga nk berjaya perlu ada keyakinan di hati.

Asha Lya said...

Thnks atas tipsnya kak...bukan mudah nak brbisnis ni tpi lya cabar diri
Org lain blh knp kita tdk kn

Mahfuzah_Put said...

Yang penting, percaya pada diri sendiri :)

Jari Manis said...

perlu juga disiplin diri dan tak mudah putus asa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...