Search This Blog

Thursday, 7 April 2016

JANGAN JADIKAN KERJA SEBAGAI BEBAN

Assalamualaikum wbt,

"Jangan jadikan kerja yang kita buat sebagai beban"

Allahuakbar, tersentak hati kak wawa tiba2. Seminggu ini rasa macam tak terurus, kerja yang menimbun seakan 1 beban besar, difikiran hanya lintasan untuk berhenti sahaja.

Dalam masa yang sama, kak wawa juga terlibat dengan persatuan. Rasa seakan dihimpit semakin sibuk. Dalam sibuk, sempat juga kak wawa layan handfon. Buka itu ini. Sedangkan Alquran kak wawa bagi alasan tak dak masa. 

Sebelum ini, kak wawa akan mengaji walau sepotong ayat. Sejak seminggu ni, kak wawa termiss, 2 hari sekali je baca. Allahu, Rupa-rupanya Allah tegur kak wawa.

Allah datangkan waktu sibuk, untuk kak wawa berfikir. Apa yang dah kak wawa lakukan. Alhamdulillah, hari ini dan insyaAllah kak wawa akan baca setiap hari walau sesibuk mana pun urusan dunia. 

Betul kata Puan Shiqeen, usah jadikan kerja atau apa2 tugasan kita sebagai beban. Niatkan kerana Allah Taala, insyaAllah dipermudahkan.

1 comment:

Diana Rashid said...

ye Wa..Kadang2 kesibukan tu sebagai ujian jugak untuk.Dia nak tengok tinggi mana kita punya ketetapan iman dalam jiwa kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...