Search This Blog

Tuesday, 15 November 2016

3 Tips Mulakan Perniagaan Di Instagram

Assalamualaikum wbt,

3 tips mulakan perniagaan di instagram oleh Farid Mokhtar. Salah seorang marketer online. Peniaga baru tumbuh umpama cendawan selepas hujan, beratus ribu peniaga yang menggunakan instagram. Apakah kelainan yang kita boleh tonjolkan adalah dengan menjadi peniaga yang lain dari yang lain.

3 tips dibawah ini adalah asas untuk menjadi berbeza dari mereka.


1 – Kualiti Gambar

Gambar yang dimuat naik mestilah kelihatan cantik dan tidak pecah kualitinya supaya prospek akan lebih yakin dengan produk yang dijual. Disebabkan gambar di instagram tidak boleh dimuat naik secara banyak, adalah penting untuk kita memilih gambar yang betul-betul sesuai.

2- Kelebihan Produk

Kita membeli sesuatu atas dasar kelebihan/kebaikan sesuatu produk. Oleh itu, adalah perlu jika kelebihan produk dinyatakan dengan jelas. Gunakan simbol ‘tick’ ataupun ‘bullet’ supaya ianya nampak lebih teratur dan tersusun.

3- Copywriting Yang Menarik

Teknik copywriting yang menarik mampu menarik minta prospek untuk tahu lebih lanjut tentang produk yang kita jual. Salah satu cara adalah dengan penerapan elemen santai. Sertakan juga symbols atau emoticons yang sesuai supaya nampak lebih menarik.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat untuk kita semua.

2 comments:

AinAthirah Anuar said...

Kak wawa ad insta ke? Nakkk ><

Maria Firdz said...

Ayat COPYWRITING yang simple lebih menarik pelanggan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...