Friday, 30 October 2015

Shopping Di Mood Republik Terengganu

Assalamualaikum wbt,

Hari ni di newsfeed wawa berlari sakan rakan-rakan yang update dieorang pergi shopping kat Moodrepublik Festival.


Allahuakbar, kadang-kadang tak masuk dek akal bila orang perempuan pergi shopping. Crazy but real! Haha..

Seriously, orang perempuan memang crazy shopping. Wawa suka shopping online sahaja, tu pun kadang-kadang. Melihat update dari sahabat FB wawa yang mana tempatnya sangat crowded dan penuh macam tak dapat nak lalu, jem kleng (orang teranung kata). Wawa surrender laa, malas pergi.


Lihatlah ini, gambar festival Moodrepublik. Tahap memang suka shopping tahap dewa dah depa ni kan.. Hehe.. Jangan marah naa.. Reality wanita dan shopping, mengejutkan..")

1 comment:

Mohd. Adha Mohd. Zain said...

Salam.

Saya teman isteri saya pergi ke TTI. Punyalah ramai orang sampai jem 2 km dari pintu masuk ke TTI. Dalam dewan pulak, nak jalan pun susah. Memang festival Mood Republik ni buat orang perempuan 'gila'. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...