Friday, 14 July 2017

111 Formula Tarik Rezeki Nora Yusof

Assalamualaikum wbt,


Pernah dengar tentang FTR? Formula Tarik Rezeki, penulisnya adalah Nora Yusof. First time wawa tengok facebook penulis, wawa dah rasa jatuh cinta. Terus wawa selidiki tentang Puan Nora Yusof, siapa beliau yang sebenar.


Puan Nora Yusof seorang ibu muda yang pernah mengalami saat sukar dengan kehilangan anak pertama, ketabahan beliau menghasilkan sebuah buku hebat, benar-benar buat wawa kagum. Allah, masih ada insan yang sebegini gigih mengutip ilmu untuk menghasilkan sebuah buku penuh ilmu ini.

Bagaimana pertama kali wawa miliki buku 111 Formula Tarik Rezeki ini, hati wawa sangat-sangat tersentuh. Penyampaian yang tepat dan buat kita terbuka mata dan hati. Sungguh, dalam banyak-banyak buku, 111 FTR ini adalah buku paling wawa sayang. Sungguh unik isi yang terkandung di dalamnya.

Bagaimana buku ini membantu ramai orang menjemput rezeki dengan lebih mudah. Mengajar kita untuk kenal apa yang kita lupa, mengorek ke tangkai jantung yang paling dalam, menyedarkan kita siapa kita yang sebenarnya.

Allahuakbar, tiada secantik kata yang wawa nak describe tentang buku ini. Apa yang ada dalam buku FTR ini? Linknya di SINI.

1 comment:

paridah said...

KARYA PENUH ILMU MENARIK DIBACA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...